Kelasi Kapal

Saturday, November 16, 2013

Beijing trip - Part I

Bismillah...

Assalamualaikum and hello friends!!

Cerita ni dah lama, tapi nampak gaya baru sekarang ada kesempatan nak berkongsi. Alhamdulillah, pada cuti sekolah pertengahan tahun hari tu (26/5/13-01/06/13) saya berpeluang menjejak kaki ke negara orang. Sambil mengenal adat resam dan tingkah laku (budaya tu takdelah sangat sebab saya bukan buat lawatan kebudayaan hehe) paling penting dapat melihat pemandangan2 yang tak pernah dilihat sebelum ni, atau sekadar melihat gambar/tv.

 
Welcome to China!

Misi yang saya join kali ni adalah Beijing tour. Plan asal nak ke Bandung, tapi entah berapa kali cancel sebab tak dapat masa yang sesuai. Alih2 rupanya nak jadi rezeki ke negara Tembok Besar ni. Thanks bangat pada kawan saya Dila yang tak jemu2 mengajak.

Hari Pertama.

Lepas mendarat di Beijing Airport, kami dijemput oleh Fara, tour leader warga Mongolia yang membesar di China yang sangat fasih berbahasa Melayu dan sangat friendly. Kami terus di bawa ke destinasi pertama.

1- Summer Palace
 
 
So far takde la menarik sangat tempat ni. Sekadar menjamu mata dengan tasiknya yang biasa2 je. Summer Palace ni sebenarnya tempat tumpuan warga emas menghabiskan masa libur mereka. Tengokla tu yang menarinya makcik2. Muka confident je menari walaupun tarian tah hape2. Aktiviti menghabiskan masa di Summer Palace ni dah jadi rutin bagi mereka sebab orang2 tua di sana tak lepak di kedai kopi macam orang Malaysia =)

2- Kilang sutera
 
 
Dari ulat jadi kepompong, tidur2 dalam gelongsor. Ok itu lagu zaman tadika. Dah tua2 remind semula bila tengok ulat sutera ni. Kat sini dorang tunjuk satu persatu dari ulat sampailah terhasil kain sutera. Saya beli juga kain untuk dibuat baju tapi sampai hari ni belum jadi baju pun lagi. Perlu diingat baju yang diperbuat dari sutera jenis ni tak boleh sama sekali dibawa solat.

3-Makan tengahari
 
   
  
Apa nama kedainya tidaklah teman tahu dek kerana signboard kedai ni tulisan cina semata. Tapi nak dapatkan makanan halal di Beijing tak susah, hanya cari kedai makan yang signboardnya warna hijau, itu menunjukkan halal. Alhamdulillah saya takde masalah tekak nak terima jenis masakan di sini. Cara masaknya pun sihat2 je, bukan stail Malaysia punya masakan.

4-Solat
 
 
Masjid ni saya tak dapat cari namanya. Yang jumpa tulisan cina je. Ruang solat kecik je, yang lain2 seakan blok pejabat. Gambar terakhir adalah pintu ke ruang solat wanita.

Sambung dalam part II pulak lepas ni...


No comments: