Kelasi Kapal

Monday, August 26, 2013

Keje ~ part II

Assalamualaikum.

Tu dia!! Last entry adalah bulan februari yang lepas. Cuba kira berapa bulan dah koi 'puasa'. Koi terpaksa mengaku yang koi ade penyakit malas, bizi, dan mood yang sungguh down untuk menaip entry. Hanya rajin update berita di mukabuku. Kenapa mukabuku? Sebab tak perlu fikir ayat yang lemak manis hanya perlu menekan keypad henpon sahaja. Oh tahap malas yang sangat kronik -_-

Tapi.. ya koi masih pembaca blog yang rajin. Bukan tegar ya. Sekadar rajin bila ada masa terluang. Lebih menyuntik semangat bila teman sepejabat masa kerja di JPS dulu tanya, "ummu, apsal akak tengok blog awak duk senyap je". Ya, maknanya ade juga orang intai blog bersawang yang tak best ni. Maceh kak Noorli. Terasa diri dihargai kejap. Tapi yang penting semangat tu tersuntikla sikit.

Mood masih nak raya. Rumah saudara-mara belum habis tawaf. Tapi apakan daya dah kena kerja. Kerja yang makin lama makin buhsan. Ohh.. koi hampir resign sebenarnya bulan April lepas. Bukan hampir, dah hantar surat pun. Tapi terbatal disaat akhir dek kerana termakan pujuk rayu ibubapa pelajar. Ermm..

Panjang cerita hal kerja ni sebenarnya. Banyak betul dugaan kerja tahun ni. Sampai kesihatan pun merudum. Bayangkanlah selama ni nak demam setahun sekali pun payah tapi tahun ni je dah 3 kali. Yang kali ke-2 dan 3 tu dalam masa kurang sebulan. Doktor cakap koi sangat stress. Hidup dalam pressure. Ya.. darah juga menekan naik sejak akhir-akhir ini. Harap turun dengan cepat. Stress harus dikurangkan.





Walaupun stress, tapi koi idakla sampai gitu gaye nak kekoh lappy. Sekadar hiasan nak mengkalerfulkan entry ni. Jika takde aral melintang, koi akan cuti panjang beberapa bulan untuk kerja yang stress ni. Tapi koi masih terus bekerja untuk sesi kerja yang kurang stress. Faham ke tak ayat koi ni? Mehla koi cite, koi kerja sesi pagi dan petang. Jadi koi cuti satu sesi dan terus bekerja untuk satu lagi sesi. Ate kalau tak kerja sapa nak kasi koi duit belanja? Yerrkk..

Banyak sebenarnya dalam kepala koi ni, idea2 nak menaip untuk dihasilkan jadi satu entry. Tentang raya, puasa, trip koi pi Beijing bulan 5 hari tu, kisah pi jalan sana-sini, tapi ye la kan macam koi bagitau tadi koi punya semangat agak down untuk menaip. Jadi koi 'puasakan' dulu hasrat murni koi nak mengasah bakat mengarang cerita tu. Ada masa dan ruang nanti, koi akan menaip, Insha Allah.




No comments: