Kelasi Kapal

Friday, February 15, 2013

Didiklah dirimu demi mendidik anakmu kelak




Aku takut melihat institusi perkahwinan pada hari ini. Hubungan dimulai dengan percintaan yang bercanggah dengan syara', kemudian bertunang dan berkahwin dalam suasana yang tidak mengikut garis panduan syar'ie. Pengantin perempuan bertabarruj dan berpakaian sendat ditonton mata2 ajnabi.

Seterusnya melahirkan zuriat dan diberi nama yang bukan2. Konon punya makna yang baik walhal itu hanya terjemahan buku yang dijual semata-mata mengautkan keuntungan. Bermimpi anak sehebat An-Nawawi sedangkan si ayah tidak seperti ayahanda An-Nawawi. Berangan anak semulia Zainab al-Ghazali sedangkan si ibu tidak sepertinya.

Sehebat manapun didikan si anak di dunia, belum tentu dia mampu menjadi hamba yang soleh kerana didikan sebenar bermula di alam rahim hatta sebelum itupun. Kata ayahanda An-Nawawi; "Aku mendidik anakku 40 tahun sebelum kelahirannya".

Renungan buat diriku dan juga semua sahabat se-Islamku.

No comments: