Kelasi Kapal

Friday, February 22, 2013

Keje..

"Akak buatla resume bagi kat saya. Nanti saya pass kat suami saya dia leh bagi pada pengarah."

"Awak nak tak keje kat sini? Dorang nak pakai cikgu kat 2,3 tempat area sini. Saya boleh tolong rekemen."

"Pegawai tu suruh carikan orang lepasan Mesir. Hang nak tak?"

Ni la antara beberapa offer keje yang koi dapat dalam sebulan dua ni. Masih terfikir-fikir. Mahu atau tidak. Bila fikir keselesaan, keje skarang dah selesa. Kalau fikir masa depan dan jaminan, keje yang 1st nampak terjamin sikit. Fikir pasal majikan yang sengal, memang nak berhenti je. Tapi fikir pelajar2 dan mak ayah, tak sampai hati nak tinggalkan.

Susahnya nak buat pilihan~


Ini kenangan tahun lepas. Biasala hujung tahun, pastilah nak buat rombongan makcik kiah. Walaupun dalam keadaan kewangan yang tak seberapa, ditambah tekanan dari bos yang banyak cekadak, akhirnya berjaya juga koi bawa adik2 gi jalan KL. Tahun ni koi harap dapat bawa ke tempat yang lebih jauh dan bermanfaat.

Tahun ni keje lebih tension. Member2 sekerja semua dah lari sebab masuk jqaf. Tinggalkan koi terkontang kanting nak cover semua kerja. Hebat sangat ke jqaf ke? Terjamin sangat ke kalau keje jqaf? Takdela hebat tara mana kot. Koi pun dapat tapi koi tolak. Sebab koi sayang keje koi sekarang. Lebih dekat dengan syariat. Lebih mengingat kepada akhirat.

Apepun, koi kene buat juga resume dan hantar pada tempat baru. Kut ada rezeki, maka koi akan berhijrah. Hijrah ke arah yang lebih baik, insha Allah.

Doakan koi.

No comments: