Kelasi Kapal

Sunday, January 29, 2012

1103pm

Petang tadi saya dapat satu panggilan telefon. Dari Melaka.

Ada sorang pelajar tanya camne nak masuk sekolah saya ni (bukan sekolah saya, tapi sekolah tempat saya bekerja). Soalan dia sikit punya renyah dan detail. Saya jawab semua. Sebab ayah dia yang suruh tanya.

The ayah is very detailisme.

Baguihla ayah camtuh, ready segala segi untuk pembelajaran anak-anak.

Tengah sedap-sedap borak, my phone cakap bai bai pasal bateri kiok. Hanphone saya tu memang dah tahap nazak tapi saya masih gunakan. Muda lagi. Baru 6 tahun. Sekolah rendah pun tak masuk lagi.


Ni dia rupa handphone saya yang dah banyak berjasa. Sentimental valuenya sangatlah tinggi sebab dibeli masa duk Egypt dulu.

Yang penting phone ni banyak guna. Boleh jadikan lesung batu. Boleh wat lempar anjing. Boleh wat barang main Hannan.


Ok dah siap menaip. Nak pi cari tokti lagi. Duk main cakcilut dari tadi lagi. Dapat satgi jaga, panggang berlada cicah air asam la jawabnya.

Sunday, January 22, 2012

Monolog

Segala puji-pujian padaNYA yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa.

Lama benar rasanya jari-jemari ini tidak melakar sebarang cerita di sini. Bukan kerana sibuk dihambat tugasan duniawi, tetapi kerana jiwa dan hati yang kurang 'makanan'. Sering saja terasa gundah, tiap masa digulung amarah yang tak sudah.

Sepi.

Penat sendirian. Berpeluh liang menyempurnakan kehendak dunia yang tak pernah sudah. Yang manis dihirup yang pahit ditelan. Semua sebati.

Tapi sering diri ini mengingatkan hati. Tuhan tidak pernah mengabaikan hambaNYA. Cuma kita yang selalu mengabaikan tanggungjawab padaNYA.

Diusik susah, itu lumrah khalifah.

Tidak terasa manisnya mujahadah jika tiada mehnah yang menjengah.

Syukur, penat dan sepi yang membalut kekang diri kini makin menjauh. Hati semakin tenang, kerja semakin dipermudah. Teman disekililing semakin menyenangkan.

Ya Allah, kekalkan kebahagiaan ini dalam hidupku. Kekalkan sahabat-sahabat yang menyenangkan ini di sisiku. Kekalkan kasih sayangMU padaku agar dapatku terus menghirup indahnya hidup dengan rahmatMU.

Tinggal satu kini. Matlamat dan cita yang kian hampir, namun masih diselaputi kebimbangan dosa dan jahil.

Tuhan, ampuni sekalian dosaku. Kurniakan rahmat dan pengampunanMU agar bisa ku jejaki rumahMU kelak dengan penuh kelapangan hati dan kemudahan urusan. Jangan KAU uji diri ini dengan cubaan yang tidak sanggup aku tanggungi.

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
 
Permudahkan urusanku Ya Allah

Sunday, January 15, 2012

Bunga Api

Ini adalah bunga api yang ditembak kat KLCC masa sambut tahun baru hari tu. Amek gambar ni kat belakang rumah je. Agak terlindung sikit dengan bumbung rumah orang belakang.



Kau ada??? keh keh keh