Kelasi Kapal

Saturday, May 19, 2012

Makan


اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار


Sedari umur 3 tahun kita dah diajar membaca doa ini. Paling lewat pun menghafal doa makan adalah ketika di tadika. Bohongla kalau dah masuk tingkatan 1 masih tak tahu baca doa makan. Makan tau tapi doanya tak tau. Nak kena rotan??

Tapi berapa ramai pulak yang hafal doa selepas makan? Haa jawab.. jawab... tu belum tanya doa bangun tidur. Kalau doa nak tidur saya berani jamin 97% pelajar darjah 5 memang hafal, tapi doa bangun tidur? Budak tingkatan 4 pun tergagap-gagap bila disuruh baca.

 **gambar hiasan : cupcake kenduri kahwin**

Apa yang saya nak cerita kat sini ialah, sifat kita manusia ni tau nak meminta je tapi tak tau berterima kasih. Masa nak bukan main lembut lidah. Bila dah dapat tak reti-reti nak berterima kasih. Nak tidur nak makan tau ingat kat Allah tapi dah dapat nikmat makan dan nikmat tidur kenapa kita tak berterima kasih padaNYA?

Mulai hari ni meh la kita sama-sama sentiasa mengingatkan diri kita untuk bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan pada kita. Yang belum hafal doa lepas makan dan doa bangun tidur tu hafal-hafalkan la lepas ni ye.

Doa Selepas Makan
الحمد لله الذى اطعمنا وسقانا وجعلنا من المسلمين
Al-hamdu lillahil lazi at-'amana wasaqona waja 'alana minal muslimin

Doa Bangun Tidur
الحمد لله الذى أحيانا بعدما أماتنا واليه النشور
Al-hamdulillahil lazi ahyana ba'dama amatana wa-ilaihin nusyur

1 comment:

4feet8 said...

banyaknya sy tertinggal entry awk, ummu..nak kena klik older post balik.. seronok baca pengembaraan umrah awk..ni yg berkobar-kobar nak pergi umrah juga ni..