Kelasi Kapal

Friday, April 13, 2012

Umrah 2012 (part iii)

Sudah 3 minggu rupanya. Ini part terakhir untuk entri Umrah. 9 hari di Tanah Haram Makkah, hari ke-10 saya bertolak ke Tanah Haram Madinah el-Munauwarah pula.




Gambra-gambar di atas adalah sepanjang perjalanan ke Madinah. Jarak antara Makkah dengan Madinah adalah 450km melalui lebuhraya yang dibina khas oleh kerajaan Saudi. Highway padang pasir namanya (saya yang bagi). Kira-kira 7 jam perjalanan. Bertolak jam 11.30 pagi dan tiba jam 6.30 petang. Alhamdulillah hotel di Madinah juga sangat dekat dengan masjid An-Nabawi. Lebih kurang 70m sahaja.








Mula-mula sampai, mutawwif bawa ke sekeliling an-Nabawi dibahagian luar je. Memberi salam pada Rasulullah,  Abu Bakar, Uthman dan Fatimah semuanya di sini. Di luar masjid setentang dengan kubah hijau. Tepat di bawah kubah hijau inilah 'rumah' Rasulullah (maqam baginda). Di sebelah kiri maqam itu terletak mimbar baginda. Diantara keduanya adalah Raudhah.

Mohon maaf saya tiada gambar Raudhah. Untuk pengetahuan mereka yang belum tahu, kamera mahupun handphone yang berkamera adalah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam masjid ini. Securitynya akan periksa handbag setiap jemaah. Agak strict kat sini berbanding di al-Haram.

Ini saja gambar di dalam masjid an-Nabawi yang saya ada. Curi-curi ambil gambar kemudian sorok kamera. Takpe, saya bukan buat dosa. Larangan ni cuma undang-undang manusia je. Jangan pula ada yang tunding jari kat saya, isk isk isk.

Semasa di lobi hotel al-Mubarak, saya terserempak dengan sahabat yang sama-sama ketika di Mesir dulu, (sekarang dia bekerja sebagai mutawwif) jadi rezeki saya bila sahabat itu belikan saya ini...


Lebih enak dari KFC. Tak tipu! Siapa yang pernah rasa mesti akan sokong pendapat saya. Saya ambil masa 3 hari untuk habiskan sebekas al-Baik ni. Ayam dia masha-Allah, besar-besar. Memang tak larat nak habiskan sekali hadap.

Ini pula antara tempat-tempat yang diziarahi ketika berada di Madinah
Kebun/pasar kurma

Masjid Quba'

Bukit Magnet

Di Madinah juga saya jumpa makanan-makanan kegemaran 3 tahun lepas.
Kibdah (hati)


Tokmiyah sandwich. Memang terbaek!

Di Madinah cuma 4 hari. Hari ke-4 rombongan saya berangkat pulang menaiki pesawat Saudi Airlines di mator (airport) Madinah. Transit di Riyadh untuk tukar kapal, kemudian staright sampailah ke KLIA.

"Ya Allah, kembalikan aku ke Tanah HaramMU agar terubat kerinduan ini menghadap RumahMU, terhadap RasulMU, terhadap taman syurgaMU. Rezekikan aku ke sana lagi Ya Allah. Kurniakan kecukupan rezeki dan kesihatan tubuh badan untuk aku kembali menjadi tetamuMU. Amin ya Rabbal Alameen."
 

2 comments:

Nor Khalida said...

Assalammualaikum wrt wbt.. jom kita g tahun depan.. kita g panjat gua hira'.. kita lepak kat masjid...

sila amik flight dr ganu ok.. MB da sign MOU dengan saudi airlines.. hehhehe...

Ya Allah rindunya sangat2..

Edy Zaidi said...

Please vote for Www.danielzaidi.com in MITBCA2012 : Malaysia International Tourism Photography/Art Blog

Vote for www.eqbalzack.com in DiGi WWWOW Awards 2012 : Blogger of The Year

Thanks guys for your helps...really appreciate it! LOVE U lah..:p