Kelasi Kapal

Saturday, March 24, 2012

Umrah 2012 (part ii)

Sila baca part i sebelum baca part ini ye...

Rupa-rupanya kerinduan untuk menikmati segala macam makanan yang pernah dinikmati di Mesir dulu terubat apabila menjejak kaki di Tanah Haram. Benarlah di Tanah Suci ini segala macam nikmat dapat dirasai, tanpa disanga-sangka.




Lebih kurang je kan? Hehe inilah sarapan saya setiap pagi. Dah tak pandang dah roti melayu mahupun nasi goreng yang disediakan. Ini je yang saya hadap seawal jam 7 pagi sebab solat fajr (subuh) adalah pada jam 5.32 pagi, usai solat balik ke hotel terus menjamah sarapan yang tersedia. Lepas tu boleh patah balik ke Haram ataupun jalan-jalan sekitar hotel.



Inilah hotel al-Maqam yang saya huni sepanjang 9 hari berada di Makkah. Sebelah kiri adalah kedai aiskrim. Haruslah hari-hari makan aiskrim sebab kedainya sebelah tu je. Aiskrim di Makkah ni yang bestnya 100% ditanggung halal (makan tanpa was-was) dan rasanya jauh lebih enak dan lemak dari yang ada di Malaysia.




Ini adalah lorong bersebelahan Bin Daud yang mana tahun lepas umi menginap di hotel sekitar ini. Agak jauh dari Haram, jadi tahun ni umi minta hotel yang lebih dekat. Kira syurga membeli-belah la kat sini. Kalah Chow Kit kat kolumpo nun.


Tak kurang juga jualan lambak atas jalan. Jubah cuma 15 riyal. Tudung/selendang baru 10 riyal. Memang rambang mata nak memilih. Bolehla buat ole-ole untuk mereka di tanahair.


Pemandangan luar Haram menuju ke al-Maqam. Seronok tengok merpati di sana, semuanya gemuk dan bulat. Bukan takat cukup makan, malah terlebih dapat makan pun. Setiap masa ada je gandum atas jalan.


Hari ketiga di Makkah rombongan saya dibawa oleh mutawwif ziarah ke sekitar kota Makkah. Sempatla saya membidik gambar ZamZam Tower dari kejauhan. Antara tempat yang diziarahi ialah Jabal Tsur (gua Tsur tempat Nabi bersembunyi), Jabal Nour (gua Hira' tempat Nabi menerima wahyu), Jabal Rahmah, maqam Saiyidah Khadeejah,Mina, 3 jamrah, Muzdalifah, dan Masjid Nameerah.

Jabal Tsur

Maqam Saiyidah Khadeejah


Ini adalah sempadan tanah halal dengan tanah haram. Waktu ni keluar ke tanah halal untuk memasang niat ihram di Tana'eim.



Selcom di atas hanya gambar hiasan semata-mata ye. Jangan terpedaya pula. Di sana saya pakai Zain KSA. Beratus juga la belanja untuk topup sebab satu sms 25sen hantar ke apa nombor pun. Call ke Malaysia pula 2 riyal seminit. Jenuh juga. Compare dengan kita di sini, jauh kita lebih murah. Kan kan kan?

Nanti part iii saya cerita pengalaman di kota haram Madinah al-Munawwarah pula ye...

4 comments:

Nor Khalida said...

Assalammualaikum Wrt Wbt..

mana gambar akak? hahahaha.. sibuk je kan..

p/s: i wish that i could resign n stay there.. Rindu sangat...

Ummu~Ishak said...

wsalam kak,
gambar mmg tak semua yg ummu boh.. gambar akak tu nanti ummu emailkan je ye

Nor Khalida said...

Ummu.. akak rindu kat sana... jom dik tahun depan kita pergi.. kita berdua je nak.. hahahha... hehehe.. power puff girls... kekeke adventure skit..

Ummu~Ishak said...

mmg tgh kumpul duit pun ni kak.. plan nak ke sana lagi thn depan, insha Allah