Kelasi Kapal

Sunday, January 22, 2012

Monolog

Segala puji-pujian padaNYA yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa.

Lama benar rasanya jari-jemari ini tidak melakar sebarang cerita di sini. Bukan kerana sibuk dihambat tugasan duniawi, tetapi kerana jiwa dan hati yang kurang 'makanan'. Sering saja terasa gundah, tiap masa digulung amarah yang tak sudah.

Sepi.

Penat sendirian. Berpeluh liang menyempurnakan kehendak dunia yang tak pernah sudah. Yang manis dihirup yang pahit ditelan. Semua sebati.

Tapi sering diri ini mengingatkan hati. Tuhan tidak pernah mengabaikan hambaNYA. Cuma kita yang selalu mengabaikan tanggungjawab padaNYA.

Diusik susah, itu lumrah khalifah.

Tidak terasa manisnya mujahadah jika tiada mehnah yang menjengah.

Syukur, penat dan sepi yang membalut kekang diri kini makin menjauh. Hati semakin tenang, kerja semakin dipermudah. Teman disekililing semakin menyenangkan.

Ya Allah, kekalkan kebahagiaan ini dalam hidupku. Kekalkan sahabat-sahabat yang menyenangkan ini di sisiku. Kekalkan kasih sayangMU padaku agar dapatku terus menghirup indahnya hidup dengan rahmatMU.

Tinggal satu kini. Matlamat dan cita yang kian hampir, namun masih diselaputi kebimbangan dosa dan jahil.

Tuhan, ampuni sekalian dosaku. Kurniakan rahmat dan pengampunanMU agar bisa ku jejaki rumahMU kelak dengan penuh kelapangan hati dan kemudahan urusan. Jangan KAU uji diri ini dengan cubaan yang tidak sanggup aku tanggungi.

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
 
Permudahkan urusanku Ya Allah

2 comments:

Pencacai Alim said...

salam...

lama tak ziarah kamu..sihat?harap masih ingat saya lagi.. :)

Ummu~Ishak said...

>>pencacai alim

wsalam, tentu masih ingat.. lalu kat ump pasti ingat kamu :)