Kelasi Kapal

Tuesday, July 26, 2011

Makan

Korang tau tak yang Malaysia ni adalah sebuah negara yang cukup membazir dari segi makanan?

Setiap hari, lebih 1 juta tan sisa makanan dibuang begitu sahaja.
Orang negara lain sampai melarat kebulur tak cukup makan, kita kat sini membazir tak ingat-ingat. Insaflah diri, jangan la duk membazir. Jadi member kamceng ngan syaitan nanti, nauzubillah.

Contohnye lauk pengantin : udang panjat nenas
Adakah nenas tu kau akan makan?
Udang tu pun belum tentu habis, apetah lagi nenasnya.
Lepas tu pasti dibuang begitu saja nenas tersebut.
Alangkah membazirnya.
Sayur-mayur yang menjadi penghias di bawah udang tu pun pastilah dilempar begitu sahaja.
Alangkah membazirnya.


Jadi
bila kau makan di mana-mana
silalah makan bersungguh-sungguh
jadilah manusia yang tahu bersyukur dan tahu nikmat makan



 Ayam Penyet Ria, Plaza Masalam, Shah Alam


Selamat menjamu selera dan jangan membazir
Jangan lupa minggu depan kita nak puasa dah
Elakkan pembaziran di bulan berkat

Sekian pesanan penaja~~



Sunday, July 17, 2011

Nisfu Sya'ban

Berikut Hadis – Hadis yang menerangkan kelebihan malam Nisfu Sya’ban
1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya: Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya: pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.


3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 


4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.


5. Dari Naufal al bakali bahwasanya sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.


7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.
 Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Amin.

Sumber: Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban | Aku ISLAM Kelebihan Nisfu Sya'ban

hadiah besdei

Rupanya aku dapat bukan 1 hadiah hari lahir tahun ni. Lupa lak hadiah yang satu ni. Hadiah belanja makan. Harusla lupa sebab makanan bila masuk perut dah tak nampak di mata, hehe.

Dengan hati riang gembira kami (aku n tukang belanja) pergi ke tempat idaman hati di Tanjung Lumpur, Kuantan minggu lepas. Konon-kononnya nak makan ikan bakar. Tapi tak bakar pun. Jadi masakan 3 rasa.




 sotong masak pedas ~memang pedas amat~


 jenahak 3 rasa


sup sayur


Memang puas hati la makan sekali ni. Walaupun minta lauk simple, tapi puas hati. Dua orang makan RM45. Boleh la tu. Lagipun orang belanja, bedal je, hihi.

Dan ini adalah hasilnya....

**sapa nak gi Tanjung Lumpur jangan lupe ajak koi

Monday, July 11, 2011

sakit oii

Minggu lepas, 2 kali aku sengsara dek haiwan yang sama. Sekali dia gesel punggong kat kita, adoi mak rase nak menangis. Sakitnye hanya tuhan yang tau.

Memang bisa amat-amat. Aku sampai cuak takut bisa sampai takleh jalan. Dah la kena sengat kat kaki. Buatnye tetiba tempang, tak ke haru. Sehari dua lepas tu jadi lebam dan gatal-gatal.


Ni la menatang yang dua kali tinggalkan kenangan kat aku. Selang sehari je tu. Sakit yang pertama tak habis lagi, dia dah bagi kali kedua. Azab tul.

Korang kalau jumpe menatang ni, hati-hati la ye. Dia punya sengat memang berbisa. Walau tak sebahaya lebah, tapi menangis jugakla kalau kena. Jumpa dia duk terbang tu, bunuh je terus. Demi keselamatan umat sejagat, haha.

***kate pakcik aku, menatang ni lebah le namanye

Friday, July 08, 2011

Hari itu...

Assalamualaikum pembuka bicara.

Dah 10 hari blog ni tak diupdate. Memanglah simptom malas dan bizi semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ni. Tambahan lagi kerja luar beberapa hari lepas, lagilah menambah kemalasan nak mengarang dusta cerita di dada blog ni.

Nak ceritanya kat sini.... 3 hari lepas adalah hari yang bermakna dalam hidup aku. Sape-sape pun yang lalui hari ni mesti akan rasa perasaan yang sama, lainlah kalau jenis takde perasaan, muehehe. Hari lahir aku. Maknanya aku makin tua. Makin dekat dengan mati. Makin pendek sisa umur yang tinggal. Tapi amal makin bertambah tak??

Terima kasih buat semua yang wish happy birthday di fb. Kat blog pun ada, heheh. Yang mana member kamceng, pakat hantar sms. Tapi honestly aku bagitau, aku lagi suka ucapan di sms. Sebab aku jenis suka simpan sms. Ucapan hari lahir yang 2 tahun lepas pun aku masih simpan. Sentimental value tinggi!

Takde yang special pun 5/7 lepas. Aku tak pernah sambut pun hari lahir. Memadai ucapan dari family dan kawan-kawan. Hadiah pun kalau ada sebijik dua dah mujur, haha.

Cuma tahun ni aku terharu lebih sebab menerima hadiah yang.... isk isk... memang sangat terharu apetah lagi lepas aku tau nilainya. Memang aku takkan beli sendiri kalau itu harganya! Nampak sangat aku ni kais pagi makan pagi kais petang makan petang, haha.