Kelasi Kapal

Tuesday, June 28, 2011

sabtu yang konon-konon bz

Sabtu lepas berkampung di Mentakab meraikan hari bahagia teman baik. Penat tapi seronok. Ye la, seronok la dapat makan free, haha.

Sebelum hari kenduri, bakal raja sehari minta tolong buat arrow. Lain-lain malas nak cerita, layan gambar je la ye.


Sehari sebelum kenduri tolong bakal raja buat persiapan-persiapan terakhir. Ambil kek untuk hantaran, tolong menyemak kat pelamin, susun doorgift untuk tetamu dll.



sempat lagi pengantin laki menyengih



raja untuk setengah hari je. petang dah kena basuh kawah.


ada orang cakap gambar ni cantik. cam OP plak. ye ke?


Thursday, June 23, 2011

X6

Dulu pernah aku post sesuatu tentang X6 ni. Siap buat ilustrasi lagi. Ramai yang tak faham dan tanya, "ko nak kete 6 biji ke?" Mentang-mentang ilustrasi tu gambar kereta yang tertulis kat bodynya X6, maka ramai yang tanya camtu.

Tapi post tu dah takde, sebab aku dah remove. Sebab apa tah, aku pun dah tak ingat.

Makanya kat sini aku nak bagitau, X6 tu adalah sejenis kereta, bukan berjenis-jenis. Anak beranak BMW. Kalau ikut gaji aku sekarang, sampai mati pun takleh nak beli X6 ni. Jadi kena cari orang yang mampu beli X6 ni untuk hadiahkan kat aku. Boleh gitu? Hahaha.



Tu dia rupa X6. Segak menawan menggoda menggiurkan. Sempat ambil gambar waktu berhenti di lampu isyarat di Jalan Duta. Nak tengok jelas boleh klik pada image.

Memang telan air liur bergelen-gelen tiap kali nampak dia ni melintas tepi idong. Gullpppp...


Wednesday, June 22, 2011

bila jiwa kacau~

Pulang ke KL minggu lepas sempat bersantai-santai di Masjid Wilayah Persekutuan, atau nama lainnya masjid Jalan Duta.

Hilangkan beban di kepala sambil berehat di rumah Allah, memang satu wasilah yang sangat berkesan. Usai asar, terus menunggu maghrib sambil mencari damai hakiki.

Terima kasih Tuhan, aku masih mampu berdiri di sini walau sering kakiku tersadung duri. Tetapkan hatiku dalam mencari redhaMU.




**sakit kepala dengan urusan kerja...

Thursday, June 16, 2011

Bowling

Tarikh kejadian : musim cuti sekolah hari tu
Tempat kejadian : Shah Alam

Akhirnya hajat nak lempar bola masuk longkang tercapai jua. Tu pun secara tak sengaja sebab meeting cancel last minute. Adik koi yang bertuah ni pulak ajak join main bowling ngan kawan-kawan karkun dia.

Maka Plaza Alam Sentral menjadi destinasi kedua lepas berdating kat Selayang dengan teeeeeeeettttt.


Gambar pemain takyah tengok la yek. Longkang je masuknya. 10 kali lempar, 5 kali masuk longkang. Dasar longkang wangi betul.



**dapat main free memang best, haha



Saturday, June 11, 2011

Sondol

Mood bekerja dah terbang ntah ke mana-mana. Ni semua gara-gara cuti 2 minggu, mood pun semua sudah cuti. Haihhhh.

Petang tadi ke Sri Rampai melalui Jalan Genting Kelang. Lepas sikit dari Hospital Tawakal selepas bulatan Pahang, tetiba aku rasa 'gedebuk'. Dalam hati cakap, "eh, enjin kereta mati aku tak free gear ke?". Tapi enjin tak mati. Aku jeling backmirror. Orang belakang nampak cuak. Sah, aku kena sondol.

Terus aku bagi signal ke line kiri dan berhenti kat lorong kecemasan. Kereta yang menyondol tadi ikut.


"Apa macam u bawa kereta, saya sudah lama brek pun u tak brek ke. Semua kereta slow pun u boleh langgar kereta saya lagi" panjang betul aku bebel pada amoi yang menyondol.

"So sorry la, sikit saja tu" amoi tu muka cuak dah. Kalau toreh tak keluar darah.

"Sikit pun u tengok, sudah calar. Tak cantik lagi kereta saya"

Amoi yang seksi tu terus-terusan minta maaf sambil buat muka seposen. Aku nak gelak tengok, tapi cover.

"Next time, beware haa" aku nasihat sikit amoi tu. Kompem muda lagi. Ntah-ntah lesen pun tak berapa 'sah'. Ye la, cina ni suka main suap-suap kat tester JPJ. Yang tester tu pun telan je.

Disebabkan mood masa tu baik (walaupun buat muka bekeng) tapi aku let go je. Malas la nak panjang. Asal kereta aku tak jahanam sudah. Prinsip aku senang je, kalau nak kereta tu berkilat gebu simpan dalam garaj je, takyah bawa (walaupun kadang-kadang langgar gak prinsip ni, haha).



***esok balik pahang.. isk isk isk




Friday, June 03, 2011

aku yang bizi

Assalamualaikum blog dan blogger sekalian...

Dah lama berhari-hari tak update blog. Entri baru pun takde. Dah balik KL time cuti ni, nak ngadap komputer pun berkira, hehe. Banyak benda lain nak buat. 2 minggu rasa tak cukup.

Kut ada yang tunggu entri baru, terima kasih bebanyak-banyak saya ucap. Kalau ade la. Tapi rasa cam tak berapa ada je, heeeeeeee. Sibuk sikit cuti ni. Kena ke ibu pejabat untuk mesyuarat, kena settle beberapa hal lain, jadi dreba umi ke sana sini. Memang banyakla kejenye.

Esok sampai selasa depan aku akan berada di Penang. Cuti-cuti la katakan. Harus cuti betul-betul. Tadi dah ke Port Dickson dan Nilai. Semalam dan isnin lepas ke Shah Alam.

Ahad lepas sibuk berkenduri. Minggu ni sibuk berjalan sana sini. Minggu depan sibuk buat kerja. Minggu seterusnya dah start keje. Tak best... tak best.

 kenduri 29 mei lepas


 bz betol layan tamu sambil kelek anak, haha


 gambar makanan wajib ada


 gift untuk tetamu


gambar malam sebelum kenduri ~takde kaitan ngan entri~