Kelasi Kapal

Wednesday, May 25, 2011

Kabus.... ii

Masih lagi cerita tentang kabus

Tetapi pada waktu dan lokasi yang berbeda

Ini pemandangan pagi semalam

Kira-kira jam 7.30 pagi

Sewaktu dalam perjalanan

Dari Pekan balik ke Temerloh

Melalui jalan lama

Seronok menikmati pemandangan kampung

Yang tak dapat dilihat jika melalui lebuhraya

Kabus tersangat tebal

Sepanjang jalan merentasi daerah Maran

Pagi itu sangat sejuk di sana

Kerana aku yang di dalam kereta

Tak perlu memasang mukaiyaf

Tetap berasa dingin dan nyaman

Alhamdulillah


**mukaiyaf - aircond


Sunday, May 22, 2011

was-was




Entri dimulai dengan gambar

Bismillahirrahmanirrahim
Baru-baru ni ada teman ke indonesia

Maka pulangnya membawa ole-ole padaku

haih.. apsal jadi slang indon lak ni

Kawan tu orang malaysia la

Misri cakap 'malizi'

Dua hagah yang kawan tu bagi ialah ini


Kotak sebelah kiri - green tea

Bungkusan sebelah kanan - gula-gula

Yang gula-gula ni memang ana makan tanpa was-was

Walakin yang green tea ni

Ana amatlah was-was

Terus gimana?

Kalau tau dek kawan tu

Memang kecikla jiwa raga dia

Sampai hari ni simpan tak buka/minum pun green tea tu

Ntah kenapa ana rasa was-was amat

Ada sesapa yang boleh bantu

Bagi buah fikiran, atau informasi

Syukran wa jazakallah.


**misri - orang arab mesir
**malizi - orang melayu
**hagah - ole ole
**walakin - tetapi



Saturday, May 21, 2011

Selamat.... selamat...

Ingat ape yang aku cerita kat entri lepas? Balik kl tak berapa jam, dah balik ke Temerloh semula.

Sebab musababnya adalah ini....


Ada orang main kawen-kawen kat rumah. Eh bukan main, tapi betul-betul

Salam ngan tok kadi.. eh bukan, salam ngan wali

Sambil ditengok oleh saksi-saksi

Sudah ijab dan qobul

Tadah tangan baca doa kesyukuran

Video ada, tapi tak kuasa nak upload

Tengok gambar sudah


Tak pasal-pasal aku jadi driver bawa pengantin ke masjid

Untuk upacara ijab dan qobul

Pengantin sedang berdebar itu

Tengok kamera pun takmau dah

Yang sebelahnya bukan pengapit

Cuma menghimpit sebab nak posing je


Dahla jadik dreba

Pakej ngan photographer sekali

Walaupun hasil tak segak taramana

Tapi boleh la nak tatap sambil kutuk-kutuk

Gambar-gambar dari kamera gedabak tu tiada di sini

Ada pada tuannya di Kepong nun

Daku hanya mengambil gambar

Bukan memiliki dslr

Maka gambarku hanya ada 2-3 keping dalam dslr tu

sob... sob... sob..



SELAMAT PENGANTIN BARU ADIKKU

Friday, May 20, 2011

Kabus

"Ko ni selalu buat pe'el camtu. Balik 2-3jam dah balik sana semula. Ko suka sangat idop dalam kete ye?"

Bukan pe, balik kejap-kejap ni orang takdan nak marah kat kita. Kalau balik berhari-hari tu macam-macam jadinye nanti, hehe.

Petang semalam balik kl lagi. Pagi tadi awal-awal pagi lepas solat subuh terus gerak balik Temerloh.

View sepanjang perjalanan pagi tadi adalah sangat best + nyaman.


 Mentari menjenguk malu
Dibalik kabus dingin menggebu
Setia meneduh jalan musafir

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

1) "u, selamat hari guru"
    "ahahaha, awalnye wish. esokla hari guru"
    "takpe, i nak jd org pertama yg wish kat u"
    "tenkiu2. i pon nak wish selamat hari guru gak kat u"
-via call-


2) dulu dia pegang rotan, ko kata dia garang
    bila dia lambat masuk kelas, ko kata dia malas
    bila dia marah2, ko kata dia malampau
    kini, ko plak jadi dia
    SELAMAT HARI GURU
-via sms-


3) selamat hari guru...!!! :-D
-via sms-


4) camat hari guru se planet dunia kak.
-via sms-


5) cikgu kate kalau org pegang tangan kita, kite kena kata "jangan"
    kalau nak kene cium plak, kate "berhenti"
    jadi kalau org pegang dan cium kite, kate "jangan berhenti"
    epi teacher's day
-via sms-


6) kak ummu.. selamat hari guru :-)
-via sms-


7) Selamat Hari Guru...hehe
-via fb-


8) cikguuuuuuuuuuuu.. selamat hari guruuuuuu
-via mulut-


Terima kasih pada kengkawan yang mengwish selamat hari guru kat aku. Tetiba rase touching lak. Bukan tak pernah jadi guru selama ni, cuma time aku jadi guru je tak jatuh bulan mei. Kire ni 1st time la aku lalui teacher's day sebagai guru.

Paling terharu ucapan ke 8. Anak murid aku serbu ofis sambil sengih-sengih pahtu ramai-ramai wish kat aku. Dengan sengalnye aku kata "hadiah takde ke". Sorang-sorang buat muka bersalah sebab takde hadiah, haha.

Cikgu tak kisah pun korang tak kasi hadiah, asalkan korang lulus exam sudah. Tu dah cukup menggumbirakan hati nurani cikgu ni. Maklumla sekarang masing-masing duk bertungkus-lumus study, mana ada masa nak berhadiah-hadiah.

Kepada guru-guru seantero dunia, daku ucapkan SELAMAT HARI GURU. Jadi guru yang disayangi dalam membimbing anak bangsa.





Sunday, May 15, 2011

Laju

Di pagi yang indah ketika melepak di Maju Curry House.

Wan : Akak2, akak  bawa kete laju ye.

Akak : Hish, memandai je wan ni. Tau mana laju?

Wan : Ade orang bagitau ngan saye akak bawak laju.

Akak : Sape?

Wan : Si mamat tu ha.

Akak : Mamat mane?

Wan : Tu... mamat yang jual henpon tu.

Akak : Dia tau mana akak bawak laju ke lambat?

Wan : Dia cite hari tu dia nampak akak bawak kete.

Akak : Ahahaha.. memang ada hari tu kitaorang bertembung kuar dari sini sama-sama.

Wan : Mamat cakap, laju gile akak bawak. 120 agaknye. Dia bawak pun dah 100, akak lagi laju. Tu baru jalan biasa hala ke jambatan sana.

Akak : Mana ade laju, biase-biase je la.

Wan : Mamat cakap terkejut dia tengok akak bawak laju gitu. Dahla pompuan, ostajah lak tu, bawak kete sikit punye laju. Akak memang selalu bawak laju-laju eyh.

Akak : Ahahaha.. mana ade selalu wan. Kadang-kadang je, tengok mood la. Balik kl asyik jem, takpun traffic light melambak-lambak, bila nak lajunya. Duk temerloh ni kene la laju-laju.

Wan : Kete akak auto ke manual?

Akak : Manual.

Nuh : Fuh fuh, manual tu (tetiba Nuh menyampuk)

Wan : Dahsyat akak ni.

Aku gelak je tayang gigi, haha.

Thursday, May 12, 2011

Red Velvet

Wah wah, dah pandai buat entri makanan yang nama macam omputih :p

Para wanita yang suka makan/masak kek mesti tau Red Velvet. Fuhhh nama pun dah cukup menggoda. Belum lagi rasanya.

Sebenarnya dah lama teringin nak rasa Red Velvet ni, tapi takmau la beli atau tempah sebab harganya memang mahal. 1kg boleh mencecah RM80 (harga pasaran). Jadi simpan je la dalam hati keinginan tu.

Mula-mula kenal Red Velvet sebab tengok kat BLOG KAWAN SAYA YANG SUKA MEMASAK. Silalah klik link yang telah saya hurufbesarkan tu. Tengok terus jatuh cinta. Especially pada warnanya.

Kedua jumpa pulak entri yang lebih kurang sama (tayang keanggunan si Red Velvet) yang membuat air liur hampir menitik. Dibuat oleh IBU ANGGUN YANG RAJIN MEMASAK. Boleh klik huruf besar gebadak tu untuk ke blog empunya.

Eh, padahal kau bukan peminat kek pun ummu. Apasal tetiba dengan si Red Velvet ni kau sampai menitik-nitik air liur?

terima kasih pakcik gugel

Teruja tengok ke'merahmenyalaan'nya. Agaknya kalau masuk perut habis semua usus jadi merah. Jadi lebih teruja nak merasa!

Petang tadi saja offer diri nak hantar sorang student balik rumahnya. Dia last day hari ni sebab dah dapat tawaran masuk U. Alhamdulillah. Lagipun student kesayangan, haruslah bagi kasih sayang lebih sikit, hehe.

Sampai kat rumahnya, disambut ramah si ibu yang juga seorang guru. Sembang bab biasiswa, pengajian kat Mesir, itu ini, dan macam-macamlah. Tup-tup dijemput makan. Haih... padahal baru je makan nasi sebelum keluar tadi.

"Akak baru je buat kek ni cikgu. Tadi balik sekolah terus buat. Saja nak bagi cikgu rasa. Red Velvet" si ibu ramah memberitahu.

"Red velvet? Wahh terujanya saya nak makan walaupun perut masih kenyang", hilang kejap keayuan aku yang jenuh duk cover tadi, haha.

"Cikgu tau ye Red Velvet".

"Tau.. tau.. kawan saya masa dia kerja kat London dia pernah buat kek ni. Sejak dari tu saya teringin nak tengok kemerahmenyalaannya. Lagipun Red Velvet ni rasanya tak macam kek-kek biasakan". Panjang betul aku mengomel.


Yang ni dah selamat masuk perut. Memang mengancam rasanya. Sesuai dengan warnanya yang menggoda. Tak sangka Allah kabulkan keinginan yang satu ni. Baru beberapa hari lepas duk teringin nak makan Red Velvet. Tak sangka dapat hari ni. Alhamdulillah.

Dah selesai makan, siap ditapaw lagi. Haih. Baik betul hati si ibu. Naik segan kita ni.


Si ibu ni juga membuat coklat, cupcake, pizza, dan kek. Selalu dikirim pada anaknya untuk dibawa ke sekolah. Nak tengok hasil air tangan si ibu ni, boleh jengah BLOGnya yang penuh dengan resipi masakan. Nak tempah pun boleh, tinggalkan pesan dalam blognya.

Bahan-bahan dibeli dari kedai orang Melayu. Kalau sesiapa yang duduk di sekitar Temerloh, boleh dapatkan di kedai kek Munawarah, berdekatan CIMB bank di bandar Temerloh.


Ini coklat compound untuk buat coklat comel-comel tu. Produk ni halal 100%. No worry.

Tengok memang suka, tapi makan tak suka. Sama la macam kek. Tengok memang suka, makan tak suka pun.

Habis kau suka apa ummu?

Suka ngabih duit isi minyak kereta pahtu pergi sana-sini.



Wednesday, May 11, 2011

SeratusEnamPuluhRinggitTunai

Dua hari lepas berlegar-legar di sekitar Temerloh seorang diri sambil mencari ilham serta menenangkan kusut dalam diri, Tuhan anugerahkan satu pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah.


Kelam-kabut mencari kamera dalam tas tangan (kerana lampu isyarat dah bertukar hijau) untuk mengabadikan scene yang sangat mengujakan ini. Memang sering berjumpa dengan pemandangan secantik ini, tapi bukan setiap kali lensa mampu mencuri pandang. Alhamdulillah sekali ini sempat.

Maaf kualiti gambar kurang memuaskan kerana hanya diambil dari dalam kereta.

Dan hari ini hati bertambah gusar. Kereta kesayangan (yang juga buah hati pengarang jantung) tak mahu memeberikan kerjasama. Sepuluh kali cuba dihidupkan tapi masih enggan.

'Ya Allah, janganlah Engkau sulitkan aku dengan sesuatu yang tak mampu aku atasinya'.

Usai solat asar, penuh tawakal sekali lagi enjin kereta cuba dihidupkan. Alhamdulillah berjaya pada kali ketiga. Segera hubungi abang ipar meminta pandangan. Bateri harus ditukar baru. Kerana yang ada sudah berusia lebih dua tahun. Sudah melebihi 'limit'.

Kepala ligat memikirkan kedai mana harus dituju lantaran usia di Temerloh yang masih baru, masih banyak perkara belum diteroka. Mujur ada Along (abang kepada seorang teman) tempat bertanya tujuan. Dicadangkan sebuah kedai supplier bateri kenderaan di kawasan perindustrian Temerloh. Agak jauh dari bandar Temerloh. Kira-kira 17km.

Tapi tak mengapa. Itu lebih berbaloi dari pergi ke kedai biasa yang mungkin menawarkan harga yang jauh lebih tinggi.


Ini dia Century (sel basah) yang sudah siap dipasang. Maka hari ini menangis airmata darah memikirkan RM160 yang terbang begitu sahaja sekelip mata (RM10 terpaksa 'hutang' memandangkan dalam beg duit cuma ada RM150)

Sedangkan wang itulah yang bakal digunakan sehingga hujung bulan dan belanja untuk pulang ke KL (*_*)



Monday, May 09, 2011

BOSAN

Khamis ni student-student aku start exam. Soalan semua dah settle, tinggal tunggu helaian terakhir yang akan diterbangkan dari Kerling.

Masalah sekarang aku makin bosan nak mengajar. Padahal buat ulangkaji je pun. Tapi Tuhan je yang tau tahap kemalasan aku. Haihh...

Camna nak sambung mengajar untuk sem depan kalau masa ni dah liat amat?

Tolong la weh, kasi aku cara nak atasi kebosanan ni.


**sesungguhnya daku memang tiada jiwa untuk menjadi guru sedari dulu, kini dan mungkin sampai bila-bila

Sunday, May 08, 2011

Salam.

Petang jumaat lepas, usai solat zohor aku dapat sms dari kak ngah "pakcik Leh dah kembali ke rahmatullah 10 minit yang lalu".

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

Dalam hati duk berkira-kira nak balik atau tak. Pakcik Leh -pak sedara- rumahnya di Penang. Cik -isteri pakcik Leh- adik kepada bonda aku. Jadi aku teramatlah rasa nak pergi menziarahnya cuma hati berbelah bagi sebab nak tinggalkan sekolah dan budak-budak dengan cikgu baru.

Kesian cikgu baru kang kena tinggal handle student sorang-sorang.

Tapi setelah meng'ejas' kerja untuk hari sabtu, aku rushing gak balik petang jumaat tu. Asar di Lanchang, sampai rumah dah 6 lebih.

Amik adik aku di rumah dan terus gerak ke Penang hampir jam 7. Dan tol Jalan Duta adalah jem yang amat. Stuck kat tol saje hampir 40 minit. Haihhh. Sampai kat R&R Tapah jumpa dengan kereta kakngah yang dah bertolak sebelum kami tadi. Sampai di Penang 1 pagi.

Tengahari sabtu balik KL. Otw singgah di Bercham, Ipoh untuk makan nasi minyak teman sekuliah di KUSZA dulu -Muna-. Kenduri Muna minggu lepas (waktu cuti hati pekerja) tapi aku takdan nak gi sebab gi kenduri Su di Terengganu. Maka gi kenduri sebelah lelaki.


Sampai KL hampir maghrib. Niat nak ke KLIA jumpa Noris sebelum dia terbang ke Mesir, tapi dah tak daye nak drive lagi. Rasa nak terpengsan dah masa tu. Dengan duk drive dari semalamnya + tidur yang tak berapa nak cukup, maka duk rumah je lah basuh baju.

Pagi ahad konon nak jumpa member tapi tak jadi maka terus balik Temerloh pukul 11 lebih. Singgah di bengkel abang ipar dulu sebelum meneruskan perjalanan.

gamba senget-benget sebab takde assistant nak amikkan -_-


bestnya kalau perjalanan kat lebuhraya tak perlu bayar tol -_-

Friday, May 06, 2011

Jumaat

Salam Jumu'ah Mubarkah.

Aku tak berapa suka hari jumaat. Haip haip, jangan salah sangka. Tak suka jumaat sebab hari jumaat kelas aku direct 2 jam, 1030 sampai 1230. Penat kau tau kena bercakap lama-lama. Kering tekak kering idea. Haihh.

Hari ni aku suh bebudak ni wat presentation je, nak habiskan muqarar sebelum imtihan minggu depan. Setengah jam terakhir nak suruh diaorang buat ujian sikit. Ala sonang-sonang je. Supaya aku takyah cakap banyak dan perah idea banyak-banyak.

Ok sudah, nak masuk kelas. Bye!

Thursday, May 05, 2011

Kahwin

Cuti 1 mei baru-baru ni memang time mengawan yang dahsyat. Sana sini kenduri. Aku siap dapat 4 undangan. 1 di Terengganu -refer entri sebelum ni-, 1 di Jerantut Pahang, 1 di Kamunting Perak dan 1 lagi di Mentakab Pahang. Tapi aku dapat pergi 2 je memandangkan tu je yang mampu kaki nak melangkah.


Lokasinya di dewan sekolah cina kat Mentakab. Nama sekolah tu aku lupa. Ala tepi jalan je. Kalau cari kompem jumpa. Pengantinnya ni adik kepada kak ipar Una. Jadi aku ni dijemput untuk meramaikan anggota keluarga Una.


Makanannya memang terbaik. Tak tipu. Semua cukup rasa cukup gebu cukup puas hati. Servis penanggah pun tip top. Dewan gedabak besar siap air-cond menambah lagi nikmat nak melantak. Paling best bab harga. Dewan seluas tu sekali dengan meja bulat untuk 10 orang berjumlah 100 buah meja, sewa cuma RM1,500. Makan pulak RM11 untuk satu kepala. Siap bubur, lauk 5 jenis kalau tak silap, servis laju, memang puas hati.


Esok-esok korang nak kahwin amikla catering ni. Penanggah dia punya uniform sikit punya smart. Tetamu tak perlu tunggu turn nak makan atau pinggan kotor nak di kemas. Kek pengantin pun cantik tapi aku malas nak gi ambik gambar. Catering ni dari Subang Jaya tapi tempahan diterima di seluruh Malaysia. Sabah Sarawak aku tak tau, kena tanya owner.

Tuesday, May 03, 2011

Ganu yang single

Assalamualaikum!

Lama betul tak update blog. Tak sempat sebab kerja yang melambak dan kaki yang suka berjalan ke sana-sini. Ok meh nak cerita kisah ke ganu jumaat lepas.

Lepas kerja (jumaat lepas) terus hantar bebudak ni ke stesen bas. Masing-masing basnya pukul 4 petang maka lepas dorang selamat naik bas aku terus laju-laju ke ganu. Dari Temerloh lalu Chenor kemudian sampai Maran baru masuk highway. Malas nak masuk highway kat Temerloh sebab kena patah balik ke Mentakab menambah masa dan kos perjalanan.

kad tol di LPT jauh lebih cun dari PLUS

Susah amat nak ambik gambar kad tu sebab mana kau nak tengok kamera mana nak tengok kad mana nak pegang stereng mana nak pegang kamera. Stop. Sambung perjalanan sampai exit Jabor. Ni baru LPT fasa pertama. Fasa seterusnya ntah tahun bila nak buka.

Maran - Jabor adalah RM9.60. Sila buat assignment sebelum korang gi mana-mana kat SINI. Cuma perlu pilih lebuhraya yang korang nak lalu bersama tol yang korang nak masuk dan keluar.



Lebih kurang jam 6 petang sampai kat tol Jabor. Masuk je Cherating dan Kemaman jalan adalah sangat banyak kereta. Semua orang mau balik kampung + makan angin cuti-cuti terengganu. Ceh ceh bosan akau tau tak bila beremba dengan kereta yang bersusun-susun.



Ni kat Dungun. Tengkolok yang kalau gajah pakai pun akan melurut tutup muka. Besar amat. Tak tau la dah berapa lama usia replika ni sebab gi ganu yang sebelum-sebelum ni rasanya belum pernah tengok.

Dan ini adalah tempat feveret wajib ambil gambar setiap kali pergi ganu (kecuali kalau tidur time lalu kat sini)


Kawasan orang minyak di Kertih. Memang lawa view kat sini pada waktu malam. Sapa-sapa yang 1st time tengok memang akan rasa jakun. Dah banyak kali tengok pun aku masih jakun.

Sampai di Kuala Terengganu sembilan malam, terus ke Mydin Mall kat Bukit Besar sebab kat Temerloh takde Mydin. Siap beli barang terus ke Seberang Takir rumah Su. Masa tu jam dah hampir pukul 11 malam.

Jumpa Su dan borak-borak, tunggu Salina jemput untuk ke homestay mak sedara Su. Kami duduk free je kat homestay tu sebab tetamu vip. Sesiapa nak cari homestay di Seberang Takir/ Kuala Terengganu boleh contact mak sedara Su ni sebab rumah dia memang puas hati dan lokasi amat strategik. Dekat dengan pantai dan bandar KT. Harga pun berpatutan.

Hubungi : Puan Rokiah 013 - 938 1580

Esok pagi ke Bukit Payong ziarah keluarga Sa'adah sambil melilau ke Pengadang Baru ziarah kak Da yang baru bersalin anak ketiga.

Muhammad Hakim yang berusia baru belas-belas hari

Macam biasa wajib singgah bandar KT mengimbau kenangan lalu, eceh. Sambil usha encik-encik berkarung wang yang sedang bekerja sambil bergosip.

orang lelaki kalau bergosip lagi dahsyat dari perempuan -_-

Lepas zohor ke rumah Su sekali lagi makan nasi minyak. Jumpa dengan ustaz-ustaz pensyarah masa study kat KUSZA dulu. Kena paksa duduk kat rumah Su lama-lama padahal dalam hati dah gedik nak balik Temerloh petang tu juga. Haihh.



Su dah pesan awal-awal jangan upload gambar dia masuk internet tapi nak upload juga maka uploadlah gambar ini supaya muka pengantin tak perlu diblur-blurkan.

Jam 5.30 petang bertolak balik ke Temerloh sambil singgah di Marang beli makanan wajib.



Kalau gi ganu tak makan kopok leko dan sata memang sia-sialah. Nak beli kopok leko kat Seberang Takir, manusia punyalah ramai, malas nak tunggu. Belum kira Losong. Haruslah manusia lebih ramai time-time cuti gini. Maka singgah otw je lah.

Sampai di Dungun dah hampir maghrib dan jumpa signboard yang best ni. Patut kat Temerloh kena ada juga. Kat Kuantan dah ada. KL tatau.


Biar ada kesedaran sikit pada umat-umat yang tak reti nak jaga kebersihan. Haih. Signboard ni wajib ada kat seluruh pelusuk negara sebenarnya.

Otw balik sekali lagi lalu kat Kertih dan nampak api besar.


Gambar adalah tidak memuaskan. Ntah kenapa rasa semua gamba cam bongek je. Blur-blur gitu. Masa ni la rasa nak perabih duit gaji beli dslr tapi bila fikir gaji yang kumpul setahun pun belum mampu nak beli dslr maka telan air liur je la.

Perjalanan ke ganu adalah solo ditemani Maher Zain dalam kereta. Sekian harap maklum.