Kelasi Kapal

Thursday, April 28, 2011

Garang??

Orang kata saya garang
ada yang terbeliak mata tengok saya buat camni.

habis kalau asyik kesalahan sama yang berulang
masih nak maafkankah?

pulak tu dah buat salah tak reti nak minta maaf
bahkan dibagi 1000 alasan yang semuanya remeh
maaf memang boleh maaf
saya bukan penghukum yang zalim
tapi pengajaran mesti kena bagi
supaya benar-benar sedar dan tak ulang lagi


**beratnya amanah yang terpaksa digalas. ya Allah....

Sunday, April 24, 2011

Lanchang lagi...

Pagi tadi ke Kuala Gandah lagi. Baru je beberapa minggu lepas pergi. Hoohhh.

Tapi pergi tadi bersebab. Meraikan member yang datang dari jauh. sekaligus nak tengok macam mana sambutan Pusat Konservasi Gajah terhadap tetamu vvip.

Memang mantop. Tak macam masa aku pergi sebelum-sebelum ni. Ye la wei, kau tu sapa orang nak sambut-sambut.

anak gajah yang terbaring sebab sakit kaki


Tetamu vvip tadi ialah KSN - Ketua Setiausaha Negara. Bukan calang-calang orang tu. Nak tengok juga orangnya macam mana. Selama ni tak pernah kenal pun, haha.

Sambil menengok juga beberapa orang pegawai tertinggi dalam NRE -Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar-.


**sambil tengok betapa duit rakyat dibazirkan hanya kerana nak sambut seorang vvip, padahal vvip tu buat lawatan peribadi, bukan lawatan kerja. Siap bawa anak menantu cucu semua. Dunia oh dunia.

Friday, April 22, 2011

Gaji

Hujung bulan paling syok nak pergi bank sebab cek akaun je nampak duit bertimbun. Walaupun tak berjuta tapi masih adalah duit. Jadi wajib bersyukur sebab gaji dah masuk. Eh gaji aku belum masuk. Ni cerita orang lain. Cerita lazim.

Korang yang dapat gaji awal, sila jangan lupakan daku yang selalu berada di hujung tanduk. Semput-semput ayam. Tu pun hanya gaji kasar. Elaun masuk tengah bulan. Punyalah jauh terpisah. Kalau kena cuti sekolah, potong lagi elaun. Yaaksss, memang kedekut majikan aku.

Syyssshhh, korang jangan sesekali report kat majikan aku. Aku saman 4 juta setengah kang.

Cuba kau letak diri kau sebagai bos. Empunya satu kompeni. Mesti kau sangat berhati-hati dalam bab kewangan. Tapi cuba kau letak diri kau sebagai pekerja (baca : kuli) mesti kau akan sentiasa rasa tak puas hati dengan bos kau.

Fitrah manusia. Susah sangat nak rasa cukup dengan apa yang dah dimiliki.

Hei, kalau kau asyik merungut, kerja kau takkan jadi ibadah. Cuba kau kerja dengan ikhlas. Terima bayaran yang kau dapat seadanya. Mesti kau akan rasa cukup walaupun kadang-kadang semput.

Member sekerja -lain cawangan- pernah pesan, "Kerja macam kita ni memang gaji tak pernah banyak. Sampai bila-bila pun takkan kaya. Tapi janganla dah miskin bab dunia, akhirat pun join miskin sama.".

Benar. Itu yang aku pegang sekarang.

Nak ikut resam duniawi, sampai bila-bila pun aku takkan mampu nak beli X6 secara cash *aku tak suka berhutang sebab payah nak lari dari dosa syubhat*. Walaupun tidur malam asyik mimpi X6, atas jalanraya asyik meleleh air liur bila terpandang X6, tapi angan tetap angan. Last sekali pujuk diri, 'tak dapat beli kat dunia takpe, esok kat akhirat dapat'.

Sesekali perlu ingatkan diri sebab selalu sangat lalai. Astaghfirullah.

Korang yang nak pergi ambil gaji, sila berhati-hati. Orang jahat ada di mana-mana. Mohon perlindungan pada Allah. Letak tawakal padaNYA.

Keluar dari bank masuk kereta, sila lock kereta laju-laju. Sambil mata mesti awasi sekeliling. Jangan sampai ada yang follow. Buatnya dia ikut sampai depan pagar rumah, time kita turun nak buka pintu dia pun acu pisau. Tak ke haru.

Kalau boleh elak la dari cucuk duit waktu malam. Risiko hokeh. Sila berdoa banyak-banyak sejurus kaki melangkah keluar rumah.


Bank yang ada sistem keselamatan camni, alhamdulillah. Rasa lebih selamat. Tapi kalau tak terdesak tu, takyahla gatal-gatal nak gi ATM waktu malam. Baik tidur je.

فَالِقُ اللإِصبَاحِ وَجَعَلَ الَّيلَ سَكَناً
DIA menyinsingkan pagi dan menjadikan malam untuk istirehat
(al-An'aam : 96)

Salam pagi jumaat.

Boleh tak hari ni awak, awak, awak dan awak tolong bagi saya cara atau tips macam mana nak ajar student yang bebal (baca : degil).

Tak tahu, kita dah ajar. Tak mahu ikut, kita dah tegur. Tak reti bahasa, kita dah warning. Habis kalau masih buat juga? Nak tunggu cikgu bagi pelempang sedas? (mode - murka amat)

Ok, saya bukan samseng. Jauh sekali minah rempit yang suka-suki nak melempang anak orang. Saya diamanahkan tuhan nak membantu mak ayah membentuk syakhsiyyah anak-anaknya ke arah musleh dunyawi wa ukhrawi.

Tetap saya bukan manusia kamil yang boleh sentiasa bersabar dan bertolenransi. Ada waktunya saya tahu untuk marah dan benci. Habis macam mana dengan amanah mendidik?



**masih dalam kecelaruan -_-

Mengawan

Awak perasan tak, bila time cuti je, mesti orang berebut-rebut nak buat kenduri. Asal kenduri je mesti berebut-rebut buat time cuti. Mula la kena potong dua kepala sebab nak pergi 2 kenduri pada hari yang sama.

Kalau kenduri tu satu kat Kg Pandan satu lagi kat Dato' Keramat, rasanya sempat nak pergi kedua-duanya tanpa perlu potong kepala. Tapi kalau satu di Jerantut, Pahang dan satu lagi di Kamunting, Perak, maka wajiblah potong kepala dan badan sekali.

Urghhh.

Dua-dua saya nak attend. Dua-dua adik yang saya sayang. Dua-dua classmate saya waktu di KUSZA. Haihh, korang ni pun satu, nak kenduri tu pakat la tarikh sama-sama. Dah jadi gini kan, mulalah kena pilih satu antara dua.

Kalau awak jadi saya, macam mana awak nak buat ye? Jerantut - Kamunting mencecah 400km. Memang takkan sempat hatta pecut 200km sejam pun. Naik helikopter mungkin sempat. Tapi awak nak sponsor helikopter kat saya ke?


Sabtu 30/4 saya wajib ke Kuala Terengganu untuk walimah sahabat di Kg Seberang Takir. Sementelahan ayah angkat baru pulang dari ibadah umrah minggu lepas, maka saya mesti ziarah beliau sekali. Kebetulan sahabat lama baru bersalin anak ke-3 di Kg Pengadang Baru, maka harus ziarah juga. Itu tentatif untuk hari sabtu. Sudah full. Semuanya di Kuala Terengganu.

Macam mana dengan Mydin KT? Wajib juga singgah membeli barang keperluan alang-alang dah sampai di KT. Belum kira pelawaan Nor di Paka. Kalau singgah dalam perjalanan, makanya harus ada masa yang diluangkan di situ.

Ahad 1/5 kenduri di Jerantut. Hari yang sama di Kamunting. Maaf Muna, kak Ummu memang tak boleh nak pergi ke majlis Muna. Tak mampu rasa nak berkejar jarak sejauh itu. Kewangan lagi. Lagipun lone ranger. Tak tahulah mampu ke tak buat semua tu sendirian.

Ikutkan hati memang rasa tak mahu ke mana-mana memandangkan tiada siapa yang boleh di buat teman. Tanya si A, sibuk dengan kerja. Tanya si B, masalah rumah sewa. Tanya si C, ada family day. Tanya si D, tak jawab-jawab pun.

Tapi bila fikirkan balik kesungguhan Su mengajak ke majlis walimahnya, saya jadi tak sampai hati. Plus ayah angkat yang berkali-kali suruh datang ke rumah. Ye lah, sekurang-kurangnya bila pandang wajah ayah angkat, terubat rindu pada ayah sendiri. Walau ayah sendiri jauh lebih disayangi, tapi itu je yang ada sebagai pengganti kerinduan }-:

Hujung bulan 5 ada satu lagi kenduri. Pun masih dalam list yang penting. Hujung bulan 6 ada satu. Juga penting.

Dan jangan awak tanya saya, "Bila ko plak nak kenduri ummu?". Sila tanya pada DIA yang menentukan kelahiran, kematian, jodoh dan pertemuan.

والله تعالى أعلم


Thursday, April 21, 2011

Stress

Assalamu'alaikum wrm.

Awak,
Awak pernah tak rasa tension yang tak tau nak buat macam mana untuk hilangkannya? Tak kisahlah awak tension tu sebab apapun. Macam mana awak hilangkan rasa stress tu ye?

Ada orang pernah suggest kat saya, kalau tension pergi ambil wuduk dan solat. Itu terapi paling baik. Yepp, saya akui. Bahkan setiap kali solat saya akan minta pada Allah permudahkan segala urusan dunia saya, tak kiralah bab kerja mahupun peribadi. Apatah lagi urusan akhirat.

Tapi kadang-kadang perlu juga terapi jasmani. Sebagai pengiring terapi rohani. Tak gitu? Bila ada gabungan rohani dan jasmani maka natijahnya akan jadi lebih baik.

Saya ni kan awak, sebenarnya saya sendiri tak pasti punca saya rasa stress. Maybe sebab kerja, plus saya rindu kat kampung halaman saya. Padahal baru sebulan saya tak jenguk keluarga. Dulu masa belajar di Mesir boleh pula saya tak pulang 3 tahun. Ini baru jarak 135km dah mengada-ngada rindu bagai.

Penghabisannya, saya nekad balik ke KL setelah kepala rasa nak pecah. Hampir maghrib saya start kereta, isi minyak dan terus pecut balik kl. Alhamdulillah kurang 2 jam saya selamat sampai dengan izin Allah. Ada kawan tanya, "Kau balik sorang je dari Temerloh?" "Soranglah, takkan berdua pulak. Lain cerita kalau dah memang berdua." Kawan saya senyum.


Betul. Terapi rohani mesti seiring jasmani. Dapat jumpa ibunda tercinta, dapat peluk cium anak-anak saudara, dah cukup memberi ruang dalam hati saya. Pagi esoknya saya pulang ke Temerloh meneruskan kerja seperti biasa.

Penat.

Tapi saya puas.

Yang penting jiwa saya tak kontang lagi.

Tapi saya masih rindu. Errr....

Saturday, April 16, 2011

CERITERA = BAHAGIAN 2

BAB V

"Sini la sikit buku kau, aku tak tak nampak la".

"Ish kau ni, kacau je la, aku nak tulis nota pun tak senang".

Miss Lymma menjeling tajam. "Panjang, mana buku kamu?"

"Hilang Miss, jatuh belakang almari saya tak boleh nak ambil", dalih Panjang.

"Apsal tak alihkan je almari yang tu" Miss Lymma masih tak puas hati.

"Tak boleh Miss, dah buat dah tapi tak jalan. Tak tau nak buat macam mana lagi".

Miss Lymma mendengus. 'Budak ni penuh dengan alasan!'


BAB VI

"Miss, boleh tak nanti Miss belikan tiket bas untuk saya balik cuti minggu depan?" Panjang tanpa rasa malu meminta pada Miss Naiyn.

"Nantilah", jawab Miss Naiyn acuk tak acuh.

Miss Lymma memandang dengan hati berbuku. 'Dah la sering buat salah, orang tegur tak makan saman, tapi ada hati minta itu dan ini. Tak reti malu ke?'


MONOLOG

Lymma lebih bahagia tanpa Panjang kini. Tinggal Montel, Kecil dan Putih. Tidak pernah menyusahkan. Tidak pernah meminta itu ini. Bersandar di 'highback' sambil melepaskan hela nafas yang panjang.

"Aii, mengeluh nampak? Rindu Panjang ke?" Naiyn menguji.

"Kau ni Naiyn, dari aku rindu kat budak tu, baik rindu kat Zyllin", Lymma menyahut dengan ketawa yang berdekah-dekah.

Kami lebih bahagia kini!



-tamat-

Friday, April 15, 2011

CERITERA = BAHAGIAN 1

PROLOG

Beg yang siap dikemas perlahan-lahan diangkat. Panjang melangkah keluar dari bilik asrama sambil bersalaman dengan teman-temannya, satu-persatu.

"Panjang, nanti kita jumpa lagi", Kecik berkata dengan linangan airmata.

"Ko Panjang, jangan lupa kitaorang kat sini", ujar Montel bila sampai gilirannya bersalaman dengan Panjang.


BAB I

Ponn ponn. Kereta di luar pagar membunyikan hon. Miss Lymma memanjangkan leher menjenguk keluar tingkap.

'Hish, awalnya sampai. Orang dah cakap pukul 6, pukul 6 lah', gerutu hati Miss Lymma sambil menjeling jam ke dinding yang baru menunjukkan angka 5.45.

"Ingatkan takde orang tadi", kata ibu Panjang tersenyum-senyum menghulur tangan untuk bersalaman. Bapak Panjang pun tumpang sengih mempamer gigi yang sudah rongak di depan.

"Ada, tapi lambat la sikit sebab dah bagitau pukul 6. Jadi saya tak ready lagi memandangkan waktu masih awal", Miss Lymma membalas menyambut huluran tangan ibu Panjang.

Panjang terus melulu masuk tanpa bersalaman.


BAB II

"Panjang, baju kau kan dalam baldi ni. Berapa hari nak rendam?" Putih mula membebel.

"Ala rilekla kak Putih, malam nanti saya basuh la". Panjang macam biasa, suka memberi alasan.

"Kau kalau tak basuh malam ni Panjang, akak campak je baju-baju ni kat luar. Busuk la lama-lama rendam".


BAB III

'Lain macam je bau ni', Miss Lymma menggosok-gosok hidung sambil mencium baju satu-persatu.

Yekkkk. Hampir muntah Miss Lymma bila bau hapak tersebut dikenalpasti. Datang dari baju-baju Panjang. Diselak satu-persatu. Confirm! Bau hapak yang menyengat semuanya dari pakaian Panjang.

'Apa budak ni tak reti basuh baju ke? Ni mesti kes kedekut sabun. Baju yang busuk peluh mana boleh basuh dengan sabun sesudu. Tak jalan', ngomel Miss Lymma dalam hati.


BAB IV

Miss Naiyn duduk mengadap Panjang. Lagaknya seperti hakim menghadap pesalah. Panjang masih buat muka tebal tanpa rasa bersalah.

"Kamu pakai deodorant tak?"

"Pakai Miss. Jenama rexona lagi".

"Tapi badan kamu bau semacam. Kamu tak perasan ke?"

"Takde pun. Saya rasa ok je", Panjang jawab dengan selamba. Miss Naiyn tepuk dahi!



~bersambung~



Wednesday, April 13, 2011

Lanchang

Assalamualaikum dan selamat siang.

Hoooo~ hari ini sangat panas, tapi semalam lagi panas, kelmarin lagi la panas. Panas best sebab baju cepat kering. Jadi semangat membasuh baju 2-3 hari ni memang membuak-buak. Satu hari pakai 3-4 pasang baju pun takpe sebab sidai komfem kering.

Semalam dengan penuh rela hati dan tawaduknye saya telah bawa angkatan tentera kat gua ni pergi ke Lanchang. Bukan 'cis, lancang tul mulut kau' tapi Lanchang ni adalah nama tempat. Hei hei kau sekarang dah jadi orang Pahang maka wajib mengenali Pahang dengan lebih mendalam.

Target nak pergi 2 tempat - Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah dan Deerland. Mula-mula sampai ke Deerland dulu tapi tak buka lagi *awal rupenye kami sampai, muehehe*. Itu namanya semangat berjalan-jalan. Kemudian terus ke tempat gajah yang dah makin femes sekarang ni.


Tempat ni sekarang dah cantik. Dah ada bangunan baru, parking lot pun dah kemas. Tak macam masa saya pergi hujung 2009 dulu, parking pun tempat lecah. Ikut dan je.



Anak, mak dan bapak gajah. Beratur beramai-ramai kat pintu masuk kunun nak sambut visitor.



Gajah pun pandai berseronok-seronok. Ingat korang je ke tau bergeli-geli *macam jiji*



Sebelum gi sana, baik korang 'buang' siap-siap apa yang tak perlu dalam perut tu. Sebab kat sana toilet disediakan untuk gajah je. Manusia punya takde.


Gajah pun ada rubber stamp. Kau jangan main-main!


Disebabkan kami sampai kat sana masih pagi (sekitar jam 10) maka takde apa yang menarik pun. Gajah duk melepak dalam reban, staff-staff kat situ pun masing-masing buat hal sendiri. Paling tak boleh blah akak receptionist yang orang tanya 2 patah dia jawab sepatah. Kut ye pun datang bulan, layanla visitor elok-elok. 

Disebabkan dah kuciwa ngan tempat gajah yang langsung tak menarik perhatian (plus dengan air sungai yang dah menenggelamkan sebahagian taman) maka saya and the geng terus gerak semula ke Deerland untuk mengubati kekuciwaan.


 'Budak' sekor ni pandai cakap Assalamualaikum =)



 Yang ni garang oh, tak berani dekat



 Ni pulak nyampah tengok. Asal cerita hikayat je, mesti dia jadi bijak.


Namanya Hijau. bila tuannya cakap "hijau, kembangkan ekor" terus dia taat. Bagus bagus


Ini memang comel banget!


Dan ini... jeng jeng jeng



***



***



***



***



***



Si kacak yang dah kenyang makan ayam sekor. Nampak badan dia besar kat tengah

Kat Deerland ni spesis haiwan taklah sebanyak kat zoo. Kawasannya pun tak berapa luas. Tapi yang bestnya kat sini kita boleh bagi rusa makan, bagi ayam/burung makan, boleh pegang-pegang beruang, main-main ngan rusa. Kat zoo sekarang ni pun dah tak boleh nak bagi makan pada haiwan apatah lagi pegang atau main.

Disebabkan rombongan saya sampai agak awal, jadi kami dapat layanan yang special dari staf di Deerland. Para cik abang selaku tourguide memang spoting habis. Dan paling best sekali dapat beramah mesra dengan tuan punya Deerland sendiri, Encik Abdullah bin Ahmad.

Rasa kagum kau tau. sebab tempat ni dimiliki oleh orang Islam. Baik pulak tu. Sembangnya penuh dengan hikmah. Macam ayah berpesan kat anak. Maknanya lepas ni kena pergi lagi ke sini.


Mula-mula kasi makan dari luar pagar je. Ala-ala seriau takut kena ngap


Lama-lama lompat masuk pagar terus beramah mesra dengan rusa-rusa kat sini.
Tengokla rusa tu duk perati je makanannya kat tangan saya -ubi keledek-


Kasi dedak kat ayam-ayam ni. Tak sure namanya tapi spesis ayam la. Comel dan gebu, heee~


Ada jugak geli-geli bila dipatuk. Tapi tak tajam pun paruhnya. Tak sakit.


Part ni paling best. Siriyes ular ni tak segeli ular-ular yang saya pernah pegang sebelum ni. Masa ni cik abang ular tengah bagi arahan cara memegang ular dengan betul. 


Ni beruang madu. Comel betul cara dia makan. Siap duduk peluk kayu lagi. Gambar saya dengan beruang ni agak blur, jadi saya upload yang ni je lah. Pakcik itu adalah owner Deerland

Sedikit info Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah :
  1. Aktiviti menunggang, mandi bersama dan memberi makan pada gajah bermula jam 2 petang setiap hari kecuali hari jumaat bermula jam 2.45 petang.
  2. Terhad kepada 150 orang sahaja (sehari)
  3. Boleh buat tempahan terlebih dahulu di talian 09-2790391
  4. Tayangan video untuk official visitors sahaja (40 orang atau lebih
  5. Bermula jam 3.30 - 5 petang anda boleh melawat gajah-gajah di sini sambil memerhatikan rutin harian mereka.
  6. Tidak dikenakan sebarang bayaran. Anda hanya perlu mendaftar dan akan diberikan sticker melawat/menunggang gajah.

Sedikit info mengenai Deerland, Kuala Gandah:-
  1. Bayaran masuk RM6 seorang.
  2. Boleh memberi makan dan bermain dengan rusa-rusa di sini dengan diperhatikan petugas.
  3. Boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan lain seperti beruang, burung, dan ayam.
  4. Boleh bergambar dengan ular.
  5. Kebanyakan haiwan di sini memang boleh disentuh kecuali haiwan yang diberitahu bahaya oleh petugas.

Perjalanan dari KL cuma 70km (tak sampai 2 jam). Exit tol Lanchang, dan belok ke kanan selepas lampu isyarat. Terus je tanpa belok ke mana-mana sampailah anda jumpa signboard Deerland (sebelah kanan jalan) atau terus lagi dan anda akan jumpa Pusat Pemuliharaan Gajah.

Kalau nak ke sana jangan lupa ajak saya, hehe.

Saturday, April 02, 2011

Patin Masak Tempoyak

Kalau sebut Temerloh, mesti orang nampak ikan patin.

Kire sapa yang datang Temerloh tapi tak pekena gulai ikan patin masak tempoyak, memang rugi amat la.

Nak yang best betul, ada satu kedai kat Paya Pulai. Nama kedai tu saya ingat-ingat lupa. Tapi kedai tu betul-betul tepi stesen minyak BHp. Restoran S.Z Rahmah kalau tak silap *tapi rasa memang silap pun*

Tapi kalau nak makan kat situ, kena sedia RM200 la paling kurang. Jangan tak tau, seketul ikan patin yang dah siap dimasak tu harganya boleh mencecah RM50!

Saya dah pernah makan kat situ. Memang best ah. Ape tah lagi orang belanja. Bertambah-tambah enaknya.

Sejak duk kat sini dah beberapa kali jugak la saya makan nasi berlaukkan patin masak tempoyak. Tapi yang paling best waktu makan di rumah member saya kat Mentakab. Mak dia masak memang mabeles! Itu kenangan 2 tahun lepas.

Dan ini adalah lauk patin masak tempoyak yang saya baru telan minggu lepas....