Kelasi Kapal

Friday, July 08, 2011

Hari itu...

Assalamualaikum pembuka bicara.

Dah 10 hari blog ni tak diupdate. Memanglah simptom malas dan bizi semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ni. Tambahan lagi kerja luar beberapa hari lepas, lagilah menambah kemalasan nak mengarang dusta cerita di dada blog ni.

Nak ceritanya kat sini.... 3 hari lepas adalah hari yang bermakna dalam hidup aku. Sape-sape pun yang lalui hari ni mesti akan rasa perasaan yang sama, lainlah kalau jenis takde perasaan, muehehe. Hari lahir aku. Maknanya aku makin tua. Makin dekat dengan mati. Makin pendek sisa umur yang tinggal. Tapi amal makin bertambah tak??

Terima kasih buat semua yang wish happy birthday di fb. Kat blog pun ada, heheh. Yang mana member kamceng, pakat hantar sms. Tapi honestly aku bagitau, aku lagi suka ucapan di sms. Sebab aku jenis suka simpan sms. Ucapan hari lahir yang 2 tahun lepas pun aku masih simpan. Sentimental value tinggi!

Takde yang special pun 5/7 lepas. Aku tak pernah sambut pun hari lahir. Memadai ucapan dari family dan kawan-kawan. Hadiah pun kalau ada sebijik dua dah mujur, haha.

Cuma tahun ni aku terharu lebih sebab menerima hadiah yang.... isk isk... memang sangat terharu apetah lagi lepas aku tau nilainya. Memang aku takkan beli sendiri kalau itu harganya! Nampak sangat aku ni kais pagi makan pagi kais petang makan petang, haha.




5 comments:

Fazlinil Irma said...

sanah helwah ya ukht jameelah.

semoga umur yg berbaki sentiasa dalam redhaNYA.

ehhh.. ucapan di fb?? ;D

Edy Zaidi said...

amboi...jam baru...

Ummu~Ishak said...

fazlinil irma,
mekaseh =)


edy zaidi,
hehehehehe

belog|amiyo said...

dah 10 hari tak update? patutla berhabuk je. :P

wah dapat jam baru? samalah jenama jam kita! haha

Ummu~Ishak said...

belog|amiyo,
bukan takat berhabuk.. tikus pun dah beranak pinak