Kelasi Kapal

Thursday, June 23, 2011

X6

Dulu pernah aku post sesuatu tentang X6 ni. Siap buat ilustrasi lagi. Ramai yang tak faham dan tanya, "ko nak kete 6 biji ke?" Mentang-mentang ilustrasi tu gambar kereta yang tertulis kat bodynya X6, maka ramai yang tanya camtu.

Tapi post tu dah takde, sebab aku dah remove. Sebab apa tah, aku pun dah tak ingat.

Makanya kat sini aku nak bagitau, X6 tu adalah sejenis kereta, bukan berjenis-jenis. Anak beranak BMW. Kalau ikut gaji aku sekarang, sampai mati pun takleh nak beli X6 ni. Jadi kena cari orang yang mampu beli X6 ni untuk hadiahkan kat aku. Boleh gitu? Hahaha.



Tu dia rupa X6. Segak menawan menggoda menggiurkan. Sempat ambil gambar waktu berhenti di lampu isyarat di Jalan Duta. Nak tengok jelas boleh klik pada image.

Memang telan air liur bergelen-gelen tiap kali nampak dia ni melintas tepi idong. Gullpppp...


3 comments:

Fazlinil Irma said...

kat msia org pakai bmw mmg hebat. keta berkilat semedang.

bila sy pi uk. tgok org sana pakai bmw mcm pakai myvi.

ada tu rim tayar siap berkarat lagi.

dah x nampak hebat kat mana.

cLovErX said...

ohhoo..akak minat bmw ye... Banyak Makan Wang maaaaaaa....
x6 tu mcm kete bmw ditinggikan - kata2 ayah saya..hehehe...tinggii tuuuu..gayattttt

Ummu~Ishak said...

fazlinil irma,
jadi hebat kat mesia sbb harga mahal yg amat. jadi biasa kat uk sbb harga mampu milik. mesia apa yg tak kena cukai. semua benda pun nak cukai, pulak tu dgn harga yg tak masuk akal


cloverx,
asyik makan nasi je, makan wang la plak, haha.
tinggi takpe, senang nampak doniaaa