Kelasi Kapal

Saturday, June 11, 2011

Sondol

Mood bekerja dah terbang ntah ke mana-mana. Ni semua gara-gara cuti 2 minggu, mood pun semua sudah cuti. Haihhhh.

Petang tadi ke Sri Rampai melalui Jalan Genting Kelang. Lepas sikit dari Hospital Tawakal selepas bulatan Pahang, tetiba aku rasa 'gedebuk'. Dalam hati cakap, "eh, enjin kereta mati aku tak free gear ke?". Tapi enjin tak mati. Aku jeling backmirror. Orang belakang nampak cuak. Sah, aku kena sondol.

Terus aku bagi signal ke line kiri dan berhenti kat lorong kecemasan. Kereta yang menyondol tadi ikut.


"Apa macam u bawa kereta, saya sudah lama brek pun u tak brek ke. Semua kereta slow pun u boleh langgar kereta saya lagi" panjang betul aku bebel pada amoi yang menyondol.

"So sorry la, sikit saja tu" amoi tu muka cuak dah. Kalau toreh tak keluar darah.

"Sikit pun u tengok, sudah calar. Tak cantik lagi kereta saya"

Amoi yang seksi tu terus-terusan minta maaf sambil buat muka seposen. Aku nak gelak tengok, tapi cover.

"Next time, beware haa" aku nasihat sikit amoi tu. Kompem muda lagi. Ntah-ntah lesen pun tak berapa 'sah'. Ye la, cina ni suka main suap-suap kat tester JPJ. Yang tester tu pun telan je.

Disebabkan mood masa tu baik (walaupun buat muka bekeng) tapi aku let go je. Malas la nak panjang. Asal kereta aku tak jahanam sudah. Prinsip aku senang je, kalau nak kereta tu berkilat gebu simpan dalam garaj je, takyah bawa (walaupun kadang-kadang langgar gak prinsip ni, haha).



***esok balik pahang.. isk isk isk




5 comments:

JIJI YU said...

amoi tu lawa ke..

Fazlinil Irma said...

ummu...!!!

takde rezeki nak jumpa.. hukhuukk.
sedih la. dlm hati duk simpan rindu nak naek keta dgn awak. pi berfoya-foya. kikii.

selamat mengajar kembali..! ;)

Ummu~Ishak said...

jiji yu,
idak le lawa mana.. bolehla sekupang


fazlinil irma,
takde jodoh.. kueng3

cLovErX said...

ala akak ni...lenkali pau le die.... pehtu blanje saye.kekekeke

Ummu~Ishak said...

cloverx,
mmg nak paw, tp lepas pk balik kensel lah