Kelasi Kapal

Wednesday, May 11, 2011

SeratusEnamPuluhRinggitTunai

Dua hari lepas berlegar-legar di sekitar Temerloh seorang diri sambil mencari ilham serta menenangkan kusut dalam diri, Tuhan anugerahkan satu pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah.


Kelam-kabut mencari kamera dalam tas tangan (kerana lampu isyarat dah bertukar hijau) untuk mengabadikan scene yang sangat mengujakan ini. Memang sering berjumpa dengan pemandangan secantik ini, tapi bukan setiap kali lensa mampu mencuri pandang. Alhamdulillah sekali ini sempat.

Maaf kualiti gambar kurang memuaskan kerana hanya diambil dari dalam kereta.

Dan hari ini hati bertambah gusar. Kereta kesayangan (yang juga buah hati pengarang jantung) tak mahu memeberikan kerjasama. Sepuluh kali cuba dihidupkan tapi masih enggan.

'Ya Allah, janganlah Engkau sulitkan aku dengan sesuatu yang tak mampu aku atasinya'.

Usai solat asar, penuh tawakal sekali lagi enjin kereta cuba dihidupkan. Alhamdulillah berjaya pada kali ketiga. Segera hubungi abang ipar meminta pandangan. Bateri harus ditukar baru. Kerana yang ada sudah berusia lebih dua tahun. Sudah melebihi 'limit'.

Kepala ligat memikirkan kedai mana harus dituju lantaran usia di Temerloh yang masih baru, masih banyak perkara belum diteroka. Mujur ada Along (abang kepada seorang teman) tempat bertanya tujuan. Dicadangkan sebuah kedai supplier bateri kenderaan di kawasan perindustrian Temerloh. Agak jauh dari bandar Temerloh. Kira-kira 17km.

Tapi tak mengapa. Itu lebih berbaloi dari pergi ke kedai biasa yang mungkin menawarkan harga yang jauh lebih tinggi.


Ini dia Century (sel basah) yang sudah siap dipasang. Maka hari ini menangis airmata darah memikirkan RM160 yang terbang begitu sahaja sekelip mata (RM10 terpaksa 'hutang' memandangkan dalam beg duit cuma ada RM150)

Sedangkan wang itulah yang bakal digunakan sehingga hujung bulan dan belanja untuk pulang ke KL (*_*)



2 comments:

Fazlinil Irma said...

sy doakan ada rezeki utk awk sebelum sampai hujung bulan nanti.:)

Ummu~Ishak said...

fazlinil irma,
amin ya robb.. mudah2an =)