Kelasi Kapal

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

1) "u, selamat hari guru"
    "ahahaha, awalnye wish. esokla hari guru"
    "takpe, i nak jd org pertama yg wish kat u"
    "tenkiu2. i pon nak wish selamat hari guru gak kat u"
-via call-


2) dulu dia pegang rotan, ko kata dia garang
    bila dia lambat masuk kelas, ko kata dia malas
    bila dia marah2, ko kata dia malampau
    kini, ko plak jadi dia
    SELAMAT HARI GURU
-via sms-


3) selamat hari guru...!!! :-D
-via sms-


4) camat hari guru se planet dunia kak.
-via sms-


5) cikgu kate kalau org pegang tangan kita, kite kena kata "jangan"
    kalau nak kene cium plak, kate "berhenti"
    jadi kalau org pegang dan cium kite, kate "jangan berhenti"
    epi teacher's day
-via sms-


6) kak ummu.. selamat hari guru :-)
-via sms-


7) Selamat Hari Guru...hehe
-via fb-


8) cikguuuuuuuuuuuu.. selamat hari guruuuuuu
-via mulut-


Terima kasih pada kengkawan yang mengwish selamat hari guru kat aku. Tetiba rase touching lak. Bukan tak pernah jadi guru selama ni, cuma time aku jadi guru je tak jatuh bulan mei. Kire ni 1st time la aku lalui teacher's day sebagai guru.

Paling terharu ucapan ke 8. Anak murid aku serbu ofis sambil sengih-sengih pahtu ramai-ramai wish kat aku. Dengan sengalnye aku kata "hadiah takde ke". Sorang-sorang buat muka bersalah sebab takde hadiah, haha.

Cikgu tak kisah pun korang tak kasi hadiah, asalkan korang lulus exam sudah. Tu dah cukup menggumbirakan hati nurani cikgu ni. Maklumla sekarang masing-masing duk bertungkus-lumus study, mana ada masa nak berhadiah-hadiah.

Kepada guru-guru seantero dunia, daku ucapkan SELAMAT HARI GURU. Jadi guru yang disayangi dalam membimbing anak bangsa.





4 comments:

JIJI YU said...

cunnye anak murid..eheh

atikullah ismail™ said...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
-Usman Awang, 1979-

slmat hari guru!!

Cikli said...

selamat hari guru.
semoga beroleh kebaikan sentiasa.

Ummu~Ishak said...

jiji yu,
hamek la kalau nak


atikullah ismail,
karya usman awang memang best.
terima kasih!


cikli,
amin. terima kasih