Kelasi Kapal

Sunday, May 08, 2011

Salam.

Petang jumaat lepas, usai solat zohor aku dapat sms dari kak ngah "pakcik Leh dah kembali ke rahmatullah 10 minit yang lalu".

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

Dalam hati duk berkira-kira nak balik atau tak. Pakcik Leh -pak sedara- rumahnya di Penang. Cik -isteri pakcik Leh- adik kepada bonda aku. Jadi aku teramatlah rasa nak pergi menziarahnya cuma hati berbelah bagi sebab nak tinggalkan sekolah dan budak-budak dengan cikgu baru.

Kesian cikgu baru kang kena tinggal handle student sorang-sorang.

Tapi setelah meng'ejas' kerja untuk hari sabtu, aku rushing gak balik petang jumaat tu. Asar di Lanchang, sampai rumah dah 6 lebih.

Amik adik aku di rumah dan terus gerak ke Penang hampir jam 7. Dan tol Jalan Duta adalah jem yang amat. Stuck kat tol saje hampir 40 minit. Haihhh. Sampai kat R&R Tapah jumpa dengan kereta kakngah yang dah bertolak sebelum kami tadi. Sampai di Penang 1 pagi.

Tengahari sabtu balik KL. Otw singgah di Bercham, Ipoh untuk makan nasi minyak teman sekuliah di KUSZA dulu -Muna-. Kenduri Muna minggu lepas (waktu cuti hati pekerja) tapi aku takdan nak gi sebab gi kenduri Su di Terengganu. Maka gi kenduri sebelah lelaki.


Sampai KL hampir maghrib. Niat nak ke KLIA jumpa Noris sebelum dia terbang ke Mesir, tapi dah tak daye nak drive lagi. Rasa nak terpengsan dah masa tu. Dengan duk drive dari semalamnya + tidur yang tak berapa nak cukup, maka duk rumah je lah basuh baju.

Pagi ahad konon nak jumpa member tapi tak jadi maka terus balik Temerloh pukul 11 lebih. Singgah di bengkel abang ipar dulu sebelum meneruskan perjalanan.

gamba senget-benget sebab takde assistant nak amikkan -_-


bestnya kalau perjalanan kat lebuhraya tak perlu bayar tol -_-

2 comments:

Farhan Zulhusmi said...

al-fatihah...
emm..betul tu...kan bagus xperlu tol2...
habiskan duit rakyat je...hehehe

Ummu~Ishak said...

farhan zulhusmi,
tau takpe, hihi