Kelasi Kapal

Thursday, May 12, 2011

Red Velvet

Wah wah, dah pandai buat entri makanan yang nama macam omputih :p

Para wanita yang suka makan/masak kek mesti tau Red Velvet. Fuhhh nama pun dah cukup menggoda. Belum lagi rasanya.

Sebenarnya dah lama teringin nak rasa Red Velvet ni, tapi takmau la beli atau tempah sebab harganya memang mahal. 1kg boleh mencecah RM80 (harga pasaran). Jadi simpan je la dalam hati keinginan tu.

Mula-mula kenal Red Velvet sebab tengok kat BLOG KAWAN SAYA YANG SUKA MEMASAK. Silalah klik link yang telah saya hurufbesarkan tu. Tengok terus jatuh cinta. Especially pada warnanya.

Kedua jumpa pulak entri yang lebih kurang sama (tayang keanggunan si Red Velvet) yang membuat air liur hampir menitik. Dibuat oleh IBU ANGGUN YANG RAJIN MEMASAK. Boleh klik huruf besar gebadak tu untuk ke blog empunya.

Eh, padahal kau bukan peminat kek pun ummu. Apasal tetiba dengan si Red Velvet ni kau sampai menitik-nitik air liur?

terima kasih pakcik gugel

Teruja tengok ke'merahmenyalaan'nya. Agaknya kalau masuk perut habis semua usus jadi merah. Jadi lebih teruja nak merasa!

Petang tadi saja offer diri nak hantar sorang student balik rumahnya. Dia last day hari ni sebab dah dapat tawaran masuk U. Alhamdulillah. Lagipun student kesayangan, haruslah bagi kasih sayang lebih sikit, hehe.

Sampai kat rumahnya, disambut ramah si ibu yang juga seorang guru. Sembang bab biasiswa, pengajian kat Mesir, itu ini, dan macam-macamlah. Tup-tup dijemput makan. Haih... padahal baru je makan nasi sebelum keluar tadi.

"Akak baru je buat kek ni cikgu. Tadi balik sekolah terus buat. Saja nak bagi cikgu rasa. Red Velvet" si ibu ramah memberitahu.

"Red velvet? Wahh terujanya saya nak makan walaupun perut masih kenyang", hilang kejap keayuan aku yang jenuh duk cover tadi, haha.

"Cikgu tau ye Red Velvet".

"Tau.. tau.. kawan saya masa dia kerja kat London dia pernah buat kek ni. Sejak dari tu saya teringin nak tengok kemerahmenyalaannya. Lagipun Red Velvet ni rasanya tak macam kek-kek biasakan". Panjang betul aku mengomel.


Yang ni dah selamat masuk perut. Memang mengancam rasanya. Sesuai dengan warnanya yang menggoda. Tak sangka Allah kabulkan keinginan yang satu ni. Baru beberapa hari lepas duk teringin nak makan Red Velvet. Tak sangka dapat hari ni. Alhamdulillah.

Dah selesai makan, siap ditapaw lagi. Haih. Baik betul hati si ibu. Naik segan kita ni.


Si ibu ni juga membuat coklat, cupcake, pizza, dan kek. Selalu dikirim pada anaknya untuk dibawa ke sekolah. Nak tengok hasil air tangan si ibu ni, boleh jengah BLOGnya yang penuh dengan resipi masakan. Nak tempah pun boleh, tinggalkan pesan dalam blognya.

Bahan-bahan dibeli dari kedai orang Melayu. Kalau sesiapa yang duduk di sekitar Temerloh, boleh dapatkan di kedai kek Munawarah, berdekatan CIMB bank di bandar Temerloh.


Ini coklat compound untuk buat coklat comel-comel tu. Produk ni halal 100%. No worry.

Tengok memang suka, tapi makan tak suka. Sama la macam kek. Tengok memang suka, makan tak suka pun.

Habis kau suka apa ummu?

Suka ngabih duit isi minyak kereta pahtu pergi sana-sini.



4 comments:

Fazlinil Irma said...

bahaha.. mula-mula baca ingat awak dah buat kek ni.

baca lagi. klik. eh, itu blog sy. :P

sambung lg. wah. wah.. siap bgtau lg dekat mak anak murid. part ni start gelak dah. haha.

sambung lagi, wahh. tengok gambar kek tu lg mengancam. siap ada filling kat atas.

nyum. nyum.

NaniE said...

ummu, takutlah tengok status HALAL kat indonesia. saya pernah terbaca satu artikel tu. dia pergi ke satu kedai makan kat indonesia. kat luar kedai tulis HALAL. pastu bila dia nak order, dia terdengar ada orang order khinzir. terus dia tanya waiter tu..sebab kat luar tulis halal. boleh waiter tu ckp camni; HALAL, sebab binatangnya disembelih..boleh macamtu..?

mohd_firdaus100 said...

wah..melelelh air liur kak weh duk tngok kek tuh..dah ar kek2 ni antra kgmran saye gak...slurppp..

Ummu~Ishak said...

fazlinil irma,
cuti sek bulan 6 ni saya balik kl 2 minggu


nanie,
mmg takut ngan HALAL indon ni. tp bab yg coklat ni saya yakin sbb ada kelulusan majlis ulama'nya


mohd firdaus,
kat kedai ade gak jual, tp sekilo mencecah RM80 laa