Kelasi Kapal

Thursday, May 05, 2011

Kahwin

Cuti 1 mei baru-baru ni memang time mengawan yang dahsyat. Sana sini kenduri. Aku siap dapat 4 undangan. 1 di Terengganu -refer entri sebelum ni-, 1 di Jerantut Pahang, 1 di Kamunting Perak dan 1 lagi di Mentakab Pahang. Tapi aku dapat pergi 2 je memandangkan tu je yang mampu kaki nak melangkah.


Lokasinya di dewan sekolah cina kat Mentakab. Nama sekolah tu aku lupa. Ala tepi jalan je. Kalau cari kompem jumpa. Pengantinnya ni adik kepada kak ipar Una. Jadi aku ni dijemput untuk meramaikan anggota keluarga Una.


Makanannya memang terbaik. Tak tipu. Semua cukup rasa cukup gebu cukup puas hati. Servis penanggah pun tip top. Dewan gedabak besar siap air-cond menambah lagi nikmat nak melantak. Paling best bab harga. Dewan seluas tu sekali dengan meja bulat untuk 10 orang berjumlah 100 buah meja, sewa cuma RM1,500. Makan pulak RM11 untuk satu kepala. Siap bubur, lauk 5 jenis kalau tak silap, servis laju, memang puas hati.


Esok-esok korang nak kahwin amikla catering ni. Penanggah dia punya uniform sikit punya smart. Tetamu tak perlu tunggu turn nak makan atau pinggan kotor nak di kemas. Kek pengantin pun cantik tapi aku malas nak gi ambik gambar. Catering ni dari Subang Jaya tapi tempahan diterima di seluruh Malaysia. Sabah Sarawak aku tak tau, kena tanya owner.

5 comments:

JIJI YU said...

tak datang kelantan ke

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
bunyik macam best je kawin tu

Ummu~Ishak said...

jiji yu,
insya Allah gai fi syahri sittah


brutalsolo,
ws.. kawin mmg best sbb ko dah nak kawin pun, hehe

liyana said...

catering senang..
tp org kg i mean yg tinggl kt kmpg lbih ske gotong royongkn..huhu

Ummu~Ishak said...

liyana,
mmg kat kg2 masih hidup lagi tradisi gotong royong ni.cume kekadang org lagi suka pakai catering sbb tak penat.