Kelasi Kapal

Tuesday, May 03, 2011

Ganu yang single

Assalamualaikum!

Lama betul tak update blog. Tak sempat sebab kerja yang melambak dan kaki yang suka berjalan ke sana-sini. Ok meh nak cerita kisah ke ganu jumaat lepas.

Lepas kerja (jumaat lepas) terus hantar bebudak ni ke stesen bas. Masing-masing basnya pukul 4 petang maka lepas dorang selamat naik bas aku terus laju-laju ke ganu. Dari Temerloh lalu Chenor kemudian sampai Maran baru masuk highway. Malas nak masuk highway kat Temerloh sebab kena patah balik ke Mentakab menambah masa dan kos perjalanan.

kad tol di LPT jauh lebih cun dari PLUS

Susah amat nak ambik gambar kad tu sebab mana kau nak tengok kamera mana nak tengok kad mana nak pegang stereng mana nak pegang kamera. Stop. Sambung perjalanan sampai exit Jabor. Ni baru LPT fasa pertama. Fasa seterusnya ntah tahun bila nak buka.

Maran - Jabor adalah RM9.60. Sila buat assignment sebelum korang gi mana-mana kat SINI. Cuma perlu pilih lebuhraya yang korang nak lalu bersama tol yang korang nak masuk dan keluar.



Lebih kurang jam 6 petang sampai kat tol Jabor. Masuk je Cherating dan Kemaman jalan adalah sangat banyak kereta. Semua orang mau balik kampung + makan angin cuti-cuti terengganu. Ceh ceh bosan akau tau tak bila beremba dengan kereta yang bersusun-susun.



Ni kat Dungun. Tengkolok yang kalau gajah pakai pun akan melurut tutup muka. Besar amat. Tak tau la dah berapa lama usia replika ni sebab gi ganu yang sebelum-sebelum ni rasanya belum pernah tengok.

Dan ini adalah tempat feveret wajib ambil gambar setiap kali pergi ganu (kecuali kalau tidur time lalu kat sini)


Kawasan orang minyak di Kertih. Memang lawa view kat sini pada waktu malam. Sapa-sapa yang 1st time tengok memang akan rasa jakun. Dah banyak kali tengok pun aku masih jakun.

Sampai di Kuala Terengganu sembilan malam, terus ke Mydin Mall kat Bukit Besar sebab kat Temerloh takde Mydin. Siap beli barang terus ke Seberang Takir rumah Su. Masa tu jam dah hampir pukul 11 malam.

Jumpa Su dan borak-borak, tunggu Salina jemput untuk ke homestay mak sedara Su. Kami duduk free je kat homestay tu sebab tetamu vip. Sesiapa nak cari homestay di Seberang Takir/ Kuala Terengganu boleh contact mak sedara Su ni sebab rumah dia memang puas hati dan lokasi amat strategik. Dekat dengan pantai dan bandar KT. Harga pun berpatutan.

Hubungi : Puan Rokiah 013 - 938 1580

Esok pagi ke Bukit Payong ziarah keluarga Sa'adah sambil melilau ke Pengadang Baru ziarah kak Da yang baru bersalin anak ketiga.

Muhammad Hakim yang berusia baru belas-belas hari

Macam biasa wajib singgah bandar KT mengimbau kenangan lalu, eceh. Sambil usha encik-encik berkarung wang yang sedang bekerja sambil bergosip.

orang lelaki kalau bergosip lagi dahsyat dari perempuan -_-

Lepas zohor ke rumah Su sekali lagi makan nasi minyak. Jumpa dengan ustaz-ustaz pensyarah masa study kat KUSZA dulu. Kena paksa duduk kat rumah Su lama-lama padahal dalam hati dah gedik nak balik Temerloh petang tu juga. Haihh.



Su dah pesan awal-awal jangan upload gambar dia masuk internet tapi nak upload juga maka uploadlah gambar ini supaya muka pengantin tak perlu diblur-blurkan.

Jam 5.30 petang bertolak balik ke Temerloh sambil singgah di Marang beli makanan wajib.



Kalau gi ganu tak makan kopok leko dan sata memang sia-sialah. Nak beli kopok leko kat Seberang Takir, manusia punyalah ramai, malas nak tunggu. Belum kira Losong. Haruslah manusia lebih ramai time-time cuti gini. Maka singgah otw je lah.

Sampai di Dungun dah hampir maghrib dan jumpa signboard yang best ni. Patut kat Temerloh kena ada juga. Kat Kuantan dah ada. KL tatau.


Biar ada kesedaran sikit pada umat-umat yang tak reti nak jaga kebersihan. Haih. Signboard ni wajib ada kat seluruh pelusuk negara sebenarnya.

Otw balik sekali lagi lalu kat Kertih dan nampak api besar.


Gambar adalah tidak memuaskan. Ntah kenapa rasa semua gamba cam bongek je. Blur-blur gitu. Masa ni la rasa nak perabih duit gaji beli dslr tapi bila fikir gaji yang kumpul setahun pun belum mampu nak beli dslr maka telan air liur je la.

Perjalanan ke ganu adalah solo ditemani Maher Zain dalam kereta. Sekian harap maklum.

6 comments:

JIJI YU said...

jadi ke tak ni..hahaha

Ummu~Ishak said...

jiji yu,
insya Allah. 70-30 =)

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

wahh.. anak didik kusza juga, samalah kita, salam perkenalan USI :)) best jugek baca jalan2 ke ganu nih :)

Ummu~Ishak said...

khairul hakimin,
salam perkenalan kembali.kusza mmg best,tp bila jd udm/unisza dah hilang yg best2 tu

cLovErX said...

kak ummu~~~
kerteh tu!!tmpat wajib kene usha... kalau trtido pon dlu kecik2 suruh mak kejutkan nk tgk api...
dulu saya duk tgganu kecik2, kmpung lak klang, bile balek kmpung ke balek tganu balek kalau travel malam lgla, smpai tahan2 mengantuk smbil bertanya "mak, jauh lg tak tmpat kuar api bnyak2 tu?"...
heheheh...

Ummu~Ishak said...

cloverx,
adik akak pun mase dia sek ren dulu, asal sampai kerteh je mesti mak akak bangunkan dia.
dulu nek kete ngan ayah kalau sampai sini boleh tgk je, nak suh benti tak berani. skang bila drive sendiri, harus la benti dan amik gambar =)