Kelasi Kapal

Thursday, April 21, 2011

Stress

Assalamu'alaikum wrm.

Awak,
Awak pernah tak rasa tension yang tak tau nak buat macam mana untuk hilangkannya? Tak kisahlah awak tension tu sebab apapun. Macam mana awak hilangkan rasa stress tu ye?

Ada orang pernah suggest kat saya, kalau tension pergi ambil wuduk dan solat. Itu terapi paling baik. Yepp, saya akui. Bahkan setiap kali solat saya akan minta pada Allah permudahkan segala urusan dunia saya, tak kiralah bab kerja mahupun peribadi. Apatah lagi urusan akhirat.

Tapi kadang-kadang perlu juga terapi jasmani. Sebagai pengiring terapi rohani. Tak gitu? Bila ada gabungan rohani dan jasmani maka natijahnya akan jadi lebih baik.

Saya ni kan awak, sebenarnya saya sendiri tak pasti punca saya rasa stress. Maybe sebab kerja, plus saya rindu kat kampung halaman saya. Padahal baru sebulan saya tak jenguk keluarga. Dulu masa belajar di Mesir boleh pula saya tak pulang 3 tahun. Ini baru jarak 135km dah mengada-ngada rindu bagai.

Penghabisannya, saya nekad balik ke KL setelah kepala rasa nak pecah. Hampir maghrib saya start kereta, isi minyak dan terus pecut balik kl. Alhamdulillah kurang 2 jam saya selamat sampai dengan izin Allah. Ada kawan tanya, "Kau balik sorang je dari Temerloh?" "Soranglah, takkan berdua pulak. Lain cerita kalau dah memang berdua." Kawan saya senyum.


Betul. Terapi rohani mesti seiring jasmani. Dapat jumpa ibunda tercinta, dapat peluk cium anak-anak saudara, dah cukup memberi ruang dalam hati saya. Pagi esoknya saya pulang ke Temerloh meneruskan kerja seperti biasa.

Penat.

Tapi saya puas.

Yang penting jiwa saya tak kontang lagi.

Tapi saya masih rindu. Errr....

2 comments:

NaniE said...

ye..saya rasa itu tindakan yang betul..untuk hilangkan stress. jumpa ibunda..tapi, memang dasatlah kalau balik ari ke Kg Baru n Temerloh..jauh tu..penat dalam perjalanan pun tak habis..hehe

Ummu~Ishak said...

nanie,
bukan balik hari. tapi balik utk tido sahaja.hehe
gerak dr temerloh dah 6 lebih (petang). esok pagi jam 8.30 dah gerak balik ke temerloh semula.