Kelasi Kapal

Friday, April 15, 2011

CERITERA = BAHAGIAN 1

PROLOG

Beg yang siap dikemas perlahan-lahan diangkat. Panjang melangkah keluar dari bilik asrama sambil bersalaman dengan teman-temannya, satu-persatu.

"Panjang, nanti kita jumpa lagi", Kecik berkata dengan linangan airmata.

"Ko Panjang, jangan lupa kitaorang kat sini", ujar Montel bila sampai gilirannya bersalaman dengan Panjang.


BAB I

Ponn ponn. Kereta di luar pagar membunyikan hon. Miss Lymma memanjangkan leher menjenguk keluar tingkap.

'Hish, awalnya sampai. Orang dah cakap pukul 6, pukul 6 lah', gerutu hati Miss Lymma sambil menjeling jam ke dinding yang baru menunjukkan angka 5.45.

"Ingatkan takde orang tadi", kata ibu Panjang tersenyum-senyum menghulur tangan untuk bersalaman. Bapak Panjang pun tumpang sengih mempamer gigi yang sudah rongak di depan.

"Ada, tapi lambat la sikit sebab dah bagitau pukul 6. Jadi saya tak ready lagi memandangkan waktu masih awal", Miss Lymma membalas menyambut huluran tangan ibu Panjang.

Panjang terus melulu masuk tanpa bersalaman.


BAB II

"Panjang, baju kau kan dalam baldi ni. Berapa hari nak rendam?" Putih mula membebel.

"Ala rilekla kak Putih, malam nanti saya basuh la". Panjang macam biasa, suka memberi alasan.

"Kau kalau tak basuh malam ni Panjang, akak campak je baju-baju ni kat luar. Busuk la lama-lama rendam".


BAB III

'Lain macam je bau ni', Miss Lymma menggosok-gosok hidung sambil mencium baju satu-persatu.

Yekkkk. Hampir muntah Miss Lymma bila bau hapak tersebut dikenalpasti. Datang dari baju-baju Panjang. Diselak satu-persatu. Confirm! Bau hapak yang menyengat semuanya dari pakaian Panjang.

'Apa budak ni tak reti basuh baju ke? Ni mesti kes kedekut sabun. Baju yang busuk peluh mana boleh basuh dengan sabun sesudu. Tak jalan', ngomel Miss Lymma dalam hati.


BAB IV

Miss Naiyn duduk mengadap Panjang. Lagaknya seperti hakim menghadap pesalah. Panjang masih buat muka tebal tanpa rasa bersalah.

"Kamu pakai deodorant tak?"

"Pakai Miss. Jenama rexona lagi".

"Tapi badan kamu bau semacam. Kamu tak perasan ke?"

"Takde pun. Saya rasa ok je", Panjang jawab dengan selamba. Miss Naiyn tepuk dahi!



~bersambung~



No comments: