Kelasi Kapal

Friday, April 22, 2011

Mengawan

Awak perasan tak, bila time cuti je, mesti orang berebut-rebut nak buat kenduri. Asal kenduri je mesti berebut-rebut buat time cuti. Mula la kena potong dua kepala sebab nak pergi 2 kenduri pada hari yang sama.

Kalau kenduri tu satu kat Kg Pandan satu lagi kat Dato' Keramat, rasanya sempat nak pergi kedua-duanya tanpa perlu potong kepala. Tapi kalau satu di Jerantut, Pahang dan satu lagi di Kamunting, Perak, maka wajiblah potong kepala dan badan sekali.

Urghhh.

Dua-dua saya nak attend. Dua-dua adik yang saya sayang. Dua-dua classmate saya waktu di KUSZA. Haihh, korang ni pun satu, nak kenduri tu pakat la tarikh sama-sama. Dah jadi gini kan, mulalah kena pilih satu antara dua.

Kalau awak jadi saya, macam mana awak nak buat ye? Jerantut - Kamunting mencecah 400km. Memang takkan sempat hatta pecut 200km sejam pun. Naik helikopter mungkin sempat. Tapi awak nak sponsor helikopter kat saya ke?


Sabtu 30/4 saya wajib ke Kuala Terengganu untuk walimah sahabat di Kg Seberang Takir. Sementelahan ayah angkat baru pulang dari ibadah umrah minggu lepas, maka saya mesti ziarah beliau sekali. Kebetulan sahabat lama baru bersalin anak ke-3 di Kg Pengadang Baru, maka harus ziarah juga. Itu tentatif untuk hari sabtu. Sudah full. Semuanya di Kuala Terengganu.

Macam mana dengan Mydin KT? Wajib juga singgah membeli barang keperluan alang-alang dah sampai di KT. Belum kira pelawaan Nor di Paka. Kalau singgah dalam perjalanan, makanya harus ada masa yang diluangkan di situ.

Ahad 1/5 kenduri di Jerantut. Hari yang sama di Kamunting. Maaf Muna, kak Ummu memang tak boleh nak pergi ke majlis Muna. Tak mampu rasa nak berkejar jarak sejauh itu. Kewangan lagi. Lagipun lone ranger. Tak tahulah mampu ke tak buat semua tu sendirian.

Ikutkan hati memang rasa tak mahu ke mana-mana memandangkan tiada siapa yang boleh di buat teman. Tanya si A, sibuk dengan kerja. Tanya si B, masalah rumah sewa. Tanya si C, ada family day. Tanya si D, tak jawab-jawab pun.

Tapi bila fikirkan balik kesungguhan Su mengajak ke majlis walimahnya, saya jadi tak sampai hati. Plus ayah angkat yang berkali-kali suruh datang ke rumah. Ye lah, sekurang-kurangnya bila pandang wajah ayah angkat, terubat rindu pada ayah sendiri. Walau ayah sendiri jauh lebih disayangi, tapi itu je yang ada sebagai pengganti kerinduan }-:

Hujung bulan 5 ada satu lagi kenduri. Pun masih dalam list yang penting. Hujung bulan 6 ada satu. Juga penting.

Dan jangan awak tanya saya, "Bila ko plak nak kenduri ummu?". Sila tanya pada DIA yang menentukan kelahiran, kematian, jodoh dan pertemuan.

والله تعالى أعلم


2 comments:

cLovErX said...

kak Ummu.....
nasi minyakkk satuuuuuuuuuu

Ummu~Ishak said...

cloverx,
jom ikut akak gi ganu minggu ni