Kelasi Kapal

Friday, April 22, 2011

Gaji

Hujung bulan paling syok nak pergi bank sebab cek akaun je nampak duit bertimbun. Walaupun tak berjuta tapi masih adalah duit. Jadi wajib bersyukur sebab gaji dah masuk. Eh gaji aku belum masuk. Ni cerita orang lain. Cerita lazim.

Korang yang dapat gaji awal, sila jangan lupakan daku yang selalu berada di hujung tanduk. Semput-semput ayam. Tu pun hanya gaji kasar. Elaun masuk tengah bulan. Punyalah jauh terpisah. Kalau kena cuti sekolah, potong lagi elaun. Yaaksss, memang kedekut majikan aku.

Syyssshhh, korang jangan sesekali report kat majikan aku. Aku saman 4 juta setengah kang.

Cuba kau letak diri kau sebagai bos. Empunya satu kompeni. Mesti kau sangat berhati-hati dalam bab kewangan. Tapi cuba kau letak diri kau sebagai pekerja (baca : kuli) mesti kau akan sentiasa rasa tak puas hati dengan bos kau.

Fitrah manusia. Susah sangat nak rasa cukup dengan apa yang dah dimiliki.

Hei, kalau kau asyik merungut, kerja kau takkan jadi ibadah. Cuba kau kerja dengan ikhlas. Terima bayaran yang kau dapat seadanya. Mesti kau akan rasa cukup walaupun kadang-kadang semput.

Member sekerja -lain cawangan- pernah pesan, "Kerja macam kita ni memang gaji tak pernah banyak. Sampai bila-bila pun takkan kaya. Tapi janganla dah miskin bab dunia, akhirat pun join miskin sama.".

Benar. Itu yang aku pegang sekarang.

Nak ikut resam duniawi, sampai bila-bila pun aku takkan mampu nak beli X6 secara cash *aku tak suka berhutang sebab payah nak lari dari dosa syubhat*. Walaupun tidur malam asyik mimpi X6, atas jalanraya asyik meleleh air liur bila terpandang X6, tapi angan tetap angan. Last sekali pujuk diri, 'tak dapat beli kat dunia takpe, esok kat akhirat dapat'.

Sesekali perlu ingatkan diri sebab selalu sangat lalai. Astaghfirullah.

Korang yang nak pergi ambil gaji, sila berhati-hati. Orang jahat ada di mana-mana. Mohon perlindungan pada Allah. Letak tawakal padaNYA.

Keluar dari bank masuk kereta, sila lock kereta laju-laju. Sambil mata mesti awasi sekeliling. Jangan sampai ada yang follow. Buatnya dia ikut sampai depan pagar rumah, time kita turun nak buka pintu dia pun acu pisau. Tak ke haru.

Kalau boleh elak la dari cucuk duit waktu malam. Risiko hokeh. Sila berdoa banyak-banyak sejurus kaki melangkah keluar rumah.


Bank yang ada sistem keselamatan camni, alhamdulillah. Rasa lebih selamat. Tapi kalau tak terdesak tu, takyahla gatal-gatal nak gi ATM waktu malam. Baik tidur je.

فَالِقُ اللإِصبَاحِ وَجَعَلَ الَّيلَ سَكَناً
DIA menyinsingkan pagi dan menjadikan malam untuk istirehat
(al-An'aam : 96)

No comments: