Kelasi Kapal

Sunday, December 25, 2011

Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10

Pada 5 - 7 Disember lepas dah pun berlangsung konvensyen ni bertempat di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di Ipoh, Perak. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk turut serta sebagai peserta dalam konvensyen ini walaupun sebenarnya saya ni belum pun layak nak turut serta.



INTIM ni terletak berdekatan Politeknik Ungku Omar dan juga Masjid Sultan Azlan Shah. Untuk pengetahuan umum, Maahad Tahfiz Negeri Perak juga terletak di INTIM ni.


Peserta menginap di asrama INTIM. Makan minum juga ditanggung sepenuhya oleh INTIM.




Majlis perasmian disempurnakan oleh Y.bhg MB Perak sendiri. Dapatla bertemu muka dengan Y.bhg Dato' yang selama ni duk tengok dalam paper dan tv je.

Part paling best ialah makan. Hehe, makan free haruslah best kan?



Dan ini pula ialah cerdermata dari INTIM untuk setiap negeri yang mengambil bahagian dalam konvensyen ini.


Labu sayung jugak yang jadi cendermatanya, hihi. Berbanyak2 terima kasih kepada INTIM yang sudi menjadi tuan rumah tahun ini. Insha Allah untuk tahun 2012, Pahang pula yang akan menjadi tuan rumah bagi konvensyen ini.

Wednesday, December 21, 2011

wordless wednesday #6

Kursus yang dah basi~

Assalamualaikum dan selamat malam. Setelah tidak mengupdate sebulan lebih, akhirnya hari ni daku mendapat hidayah untuk mengupdate cerita yang sekian lama dah terperuk dan hampir basi, hehe.

Just want to share my experience, last two month daku ada ikut kursus 5 hari di PPAS di seksyen 13 Shah Alam. Kursus yang selama ini tak pernah dibuat untuk sekolah-sekolah agama swasta. Yelah kalau gomen servant dihantar sana sini berkursus bagai, yg private ni nak jugalah berkursus. Dapat ilmu baru. Tak gitu?


Memang terbaikah PPAS ni. Antara maktabah yang tercanggih. Melangkah masuk je dah buat hati berkobar-kobar nak baca buku, eceh.

Bangunan baru, dah tentulah segala fasiliti baru dan bersih. Sebagai pengguna, daku bagi 9/10 bintang.


Berkilat dan berkilau tu. Dan yang paling best di PPAS ni ialah, kasut tidak dipakai di dalam setiap ruang bacaan. Hatta nak masuk ke tandas pun ada selipar yang dikhaskan. Jadi kebersihan memang sangat-sangat terjamin.


Untuk datang ke PPAS ni, anda boleh ikut arah KGSSAAS di seksyen 13 Shah Alam. Insya Allah tak sesat. Tak jauh pun dengan pasaraya besar Giant di seksyen 13 tu. Kotak-kotak parking pun banyak disediakan di sini. Tiada bayaran dikenakan. Untuk parking mahupun untuk menggunakan perkhidmatan yang ada di sini.


Di belakang bangunan maktabah ini ada tasik yang indah dipandang. Selain kemudahan parking, ada juga kafeteria (di luar bangunan), musolla (di tingkat bawah), tandas di setiap tingkat, dan kemudahan lif. Jika ada sebarang kemusykilan, boleh bertanya dengan petugas-petugas di sini.

Ketika kursus berlangsung.



Peserta Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pentadbiran.


Untuk entri akan datang nanti daku cerita pasal kursus di Ipoh pulak ye. Seronok gi kursus merata ni, tambah ilmu dan pengalaman.

Wednesday, November 16, 2011

Friday, November 04, 2011

From Kemaman with Love~

Dengan ini diisytiharkan.... Lintas lansung dari bandar Chukai, Kemaman, Terengganu Darul Penyu. Tadi sudah pekena satar dan kepok lekor... kepok segera dan kepok keping sudah diborong... Esok pulang ke pangkal jalan..

Wednesday, November 02, 2011

Wednesday, October 26, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Taman Tasik Temerloh

Assalamualaikum pembuka bicara.

Dah lama betul tak mengomel. Readers pun dah takde *sebelum-sebelum ni pun bukannya ada sangat* hohohoh. Susah nak dapat 'syeh' untuk menaip entri. Entah kenapa. Kalau on komputer, hanya baca blog orang lain, update fb, selebihnya buat kerja.

Maka hari ni marilah kita mengupdate bersungguh-sungguh.

Mahu berkongsi informasi. Kepada sesiapa yang tak tahu, atau dah tahu tapi buat tak tahu *macam saya selama ni*. Setiap kali ke bandar Temerloh, mesti akan lalu sini tapi tak pernah masuk dan tengok. Baru-baru ni dapat hidayah untuk masuk tengok.


Tasik yang cantik. Ikan kat sini sangat banyak. Kejap-kejap muncul di permukaan air. Geram tengok patin yang gemuk-gemuk! Tapi malangnya...


Part yang ni kurang enak dipandang mata. Sepatutnya pihak berwajib kena baikpulih jambatan ni. Baru betul-betul menikmati keseronokan mengorat patin!

Taman permainan tak sempat ambil gambar. Hujan dah turun. Lain kali lah ye bila-bila saya ke sana lagi. Ada track untuk beriadah. Bolehla pusing-pusing keluarkan peluh nanti *konon*.

Wednesday, October 05, 2011

Saturday, October 01, 2011

Doakan Dia . . . .


Rabu lepas berdesup balik KL sebab dapat berita yang si kecil (anak saudara) ditahan di wad hospital Selayang. Kata abang, sakit Hamra makin teruk. Ya Allah, tak tenang rasa hati ni selagi tak jumpa dengan si kecil.

Jam 2.30 bertolak dari Temerloh, alhamdulillah perjalanan lancar dan tepat jam 4 sudah sampai di hospital Selayang. Menunggu jam 5 (waktu melawat) memanglah membosankan. Segera dicari surau untuk menunaikan solat asar dan sekudus doa dipanjatkan buat si kecil yang disayangi.

Hajat pulang semula ke Temerloh malam itu tak kesampaian kerana tak sampai hati meninggalkan Hamra di wad. Siang ditemani umminya, malam ditemani walidnya. Dan 'bonda' membantu walid menguruskan Hamra malam itu. Hampir jam 11 barulah boleh pulang.

Pembaca sekalian, saya pohon didoakan anak saudara saya, Nur Hamra Huwairah agar dipulihkan kesihatan beliau. Beliau mengalami eczema treatment (sejenis jangkitan kulit) tahap yang agak kronik. Apalah yang dimengerti oleh anak sekcil itu. ya Allah, segeralah KAU sembuhkan sakitya.


اللهم ارزقها شفاء من كل داء...
رب اشفنا من كل داء وعافنا من البلاء

Wednesday, September 21, 2011

Hospital Sungai Buloh

Salam hari raya ke-23.

Cerita ni waktu minggu kedua raya. Melawat kawan yang sakit di hopital Sg Buloh. Memang dah lama teringin nak pergi hospital ni tapi takde sapa yang nak dilawat hehe. Maka bila ada yang kenal, cepat-cepat pergi ziarah. Sebabnye ialah dah lama duk tengok hospital ni dari highway PLUS menuju ke utara. Nampak cantik dan menarik, tak macam HKL yang pening kepala *_*


Pergi dah lepas asar (waktu melawat) sampai dekat maghrib. Lepas tengok orang sakit, gi beraya di Desa Coalfield pulak rumah kawan baik. So far hospital ni memang puas hati. Dari segi bangunannya, kebersihannya, susun aturnya, dan juga kepadatan manusia dalam ni.


Kaunter resepsi yang terletak tengah-tengah ruang legar menuju ke wad-wad. Lawa dah tapi takde receptionistnya. Agaknya dah dekat maghrib, orangnya pun dah balik.


Parking lot memang puas hati. Sangat banyak dan dekat dengan pintu utama ke wad, kafeteria dan surau. Compare dengan HKL yang parking ntah mana-mana, kena jalan kaki berbatu-batu untuk sampai ke wad. Sepatutnya HKL dah lama diupgrade memandangkan keperluan makin bertambah dari masa ke semasa. Kan bagus kalau pihak berwajib baca entri ni dan ambil tindakan untuk menaiktaraf HKL untuk keselesaan semua.

Thursday, September 15, 2011

raya yang jem!

Salam 18 Syawal.

Hari ni hari Malaysia. Semua orang cuti, kecuali saya. Bukan tak nak cuti, tapi dah 'dicutikan' awal-awal lagi. Dah ditolak masuk ke cuti raya. Orang lain raya seminggu, saya raya 2 minggu. Tu pun masih tak cukup (sampai tak sempat nak jenguk blog langsung).

Tengahari raya ke-5, saya menempuh perjalanan Terengganu - Pulau Pinang. Bertolak jam 1, sampai jam 2. Oh, kejap je tu.

Mula jam 1 petang, sampai jam 2 pagi. Seksa zahir dan batin!

Dari Kuala Terengganu, ok lagi. Sampai dekat Jerteh, hujan lebat. Lalu lintas arah bertentangan sangatlah jem. Laluan saya ok lagi. Sampai je Machang, masya-Allah. Terkebil-kebil bilang batu tar atas jalan. Nak sampai ke Jeli makan masa hampir 5 jam.

Sudahnya sampai di Pulau Pinang jam 2 pagi.

lokasi : Tanah Merah

Taubat... takmau dah lalu kat sini waktu perayaan atau cuti. Cari penyakit namanya. Tak sanggup!

Tuesday, August 30, 2011

SALAM AIDILFITRI

 
dikesempatan yang ada
saya pohon kemaafan
pada teman-teman pembaca
yang menjadi follower atau tidak
mudah-mudahan kita sama-sama meraikan lebaran dengan seribu kegembiraan dan keinsafan
 
SALAM EID MUBARAK
Maaf Zahir & Batin

dari Ummu Ishak sekeluarga






Friday, August 26, 2011

shoping raya

Bandar Temerloh memanglah sangat zahmah (sesak) bulan Ramadhan ni. Jalan yang tak pernah-pernah jem, tetiba jadi jem amat bulan puasa ni. Nampak sangat orang melayu ni kuat shoping. Macam la kau tu bukan orang melayu ummu oii (*_^)

Masuk kedai tu, masuk kedai ni, pilih sana pilih sini, tak berkenan-kenan juga. Apa punya susah mau cari baju raya. Serius takde yang bekenan di hati. Kalau ada yang berkenan pun, sizeless T_T

Last-last beli beg raya sudah. Memang berbaloi-baloi dan sangat bermanfaat.






Thursday, August 25, 2011

duit raya

seronok betul kalau dah tua-tua gini pun masih dapat duit raya. makin tambah usia makin tambah nilai duit raya yang diterima, hehe. itu baru betul sifirnya.

alkisah pagi tadi ada tetamu datang ke sekolah. ada sedikit urusan. macam biasa tetamu dimuliakan dan dilayan baik-baik. cuma tak hidang air la sebab bulan puasa :p

tak sangka waktu nak balik tu, si tetamu hulurkan duit raya pada setiap murid. suke bebeno budak-budak ni dapat duit raya. sebagai cikgu kita tumpang sengih je la. tak sangka-sangka waktu bersalam nak pisah tu, salam 'berisi' rupanya, hehe. alhamdulillah.

boleh buat bayar tol & isi minyak esok (^_^)





Wednesday, August 24, 2011

wordless wednesday #1

balik kampong.. ooo balik kampong




Thursday, August 18, 2011

lauk recycle

duk kat sekolah ni, kadang makanan tak habis, susah juga
takkan nak buang, membazir namanya
nak tanak kene makan juga
jadilah lauk recycle
panaskan lauk semalam untuk makan hari ni

buka puasa hari-hari ada pihak yang sponsor
jadi takleh nak pilih menu
apa orang bagi, telan je
itu yang kadang jadi berlebih


tak semenggah punya anak dara
sekali periuk pun diangkut
haha
kalau duk kat rumah, kompem takleh wat perangai macam ni
jadi bila duduk tanpa orang tua
boleh la cipta perangai tak semenggah

2,3 hari lepas mengidam nak makan cucur
orang ganu kata 'jepput'
jadi gi bazar ramadhan beli seringgit dapat 3 ketul
cucur udang yang enak


*saja buat entri makan di siang hari bulan puasa ni, hehe*




Thursday, August 11, 2011

tak jadi demam

ini adalah bacaan yang diambil dua hari lepas
 
 
apesal la tak demam
kalau demam kan best.. takyah gi kerja
 
batuk dan selsema baru surut sikit
sikit je

isk isk isk

serius takde mood nak kerja seminggu ni

penangan ubat farmasi agaknya

(salahkan ubat)

(-_-)





Tuesday, July 26, 2011

Makan

Korang tau tak yang Malaysia ni adalah sebuah negara yang cukup membazir dari segi makanan?

Setiap hari, lebih 1 juta tan sisa makanan dibuang begitu sahaja.
Orang negara lain sampai melarat kebulur tak cukup makan, kita kat sini membazir tak ingat-ingat. Insaflah diri, jangan la duk membazir. Jadi member kamceng ngan syaitan nanti, nauzubillah.

Contohnye lauk pengantin : udang panjat nenas
Adakah nenas tu kau akan makan?
Udang tu pun belum tentu habis, apetah lagi nenasnya.
Lepas tu pasti dibuang begitu saja nenas tersebut.
Alangkah membazirnya.
Sayur-mayur yang menjadi penghias di bawah udang tu pun pastilah dilempar begitu sahaja.
Alangkah membazirnya.


Jadi
bila kau makan di mana-mana
silalah makan bersungguh-sungguh
jadilah manusia yang tahu bersyukur dan tahu nikmat makan



 Ayam Penyet Ria, Plaza Masalam, Shah Alam


Selamat menjamu selera dan jangan membazir
Jangan lupa minggu depan kita nak puasa dah
Elakkan pembaziran di bulan berkat

Sekian pesanan penaja~~