Kelasi Kapal

Friday, November 26, 2010

Free 3-day Trial Acuvue Moist

Kepada insan-insan speky khususnya pencinta lense *atau nama melayunya kanta lekap* ini masanya untuk anda mencuba satu lagi produk keluaran Acuvue. Tak rugi mencuba apatah lagi kalau free, haha. Jadi cepat-cepat pi register kat Acuvue


Registration simple je. Takde kena wat susah-susah pun. Ikut step dan arahan, pastu finalnya kena print out this trail redemption form.


Form ni wajib bawa ke outlet yang kita dah pilih untuk redemp Acuvue lenses. Cam saya, saya pilih Focus Point di Ampang Point. Masa registration tu ada senarai outlet yang join, so boleh pilih yang mana satu idaman hati. IC jangan lupa bawa sebagai pengesahan masa nak tebus tu *tapi masa saya gi amik pagi tadi amoi kedai tu tak minta ic pun, hehe*

Focus Point dan model ciliknya. Errr tapi model tak pakai spek.

Namanya pun Free 3-Day Trial, maka lense pun dapat 3 pasang. Berbaloi la jugak saya round cari parking dekat setengah jam *tahap putus asa dah, hoho*. Mula teringat pada lense Ciba Vision yang jugak saya dapat free beberapa bulan lepas. Tapi takyah pi redemp sebab dorang pos sampai ke rumah.


Acuvue adalah satu label di bawah Johnson & Johnson. Disebabkan dapat free, maka saya ambil. Kalau kena beli, saya takkan beli. Sebab? Johnson & Johnson adalah jenama boikot yahudi yang sangat femes. Sama jugak macam Nestle. Tapi orang kita suka bagi alasan.

Bagi saya alternatif banyak. Antara nak ngan tak je. Kita beli, bermakna kita dah hulur satu peluru untuk tembak saudara kita di Palestin, Afghanistan dan lain-lain. Selagi boleh elak, cuba untuk elak. Alhamdulillah saya tak rasa kurang pun bila dah tinggalkan produk Nestle. Tepuk dada tanya iman!

Owh.. dah melalut, hehe. Takpe tu informasi sampingan. Saya nak kongsi pada yang sudi menerima. Pada yang tidak, tu hak anda.

Esok nak ke Seremban kenduri member. Ada sesapa nak ikut? Ada kosong lagi 3 sebab saya pergi cuma berdua.


Friday, November 19, 2010

Entri Makan


 Baru ni kakak ipau saya cakap,
"mu, banyak tul entri pasal makan dalam blog mu eh"
* -mu- ialah nama mesra saya ngan insan-insan yang close*

Saya ingatkan incik DSLR ni je yang selalu tegur pasal makanan
dalam blog nih
rupanya kakak ipau saya pun cakap benda yang sama
maybe ada lagi manusia lain yang cakap perkara yang sama

Bila pikir-pikir balik
betul jugak eyh
tapi saya punya reason yang best
untuk perkara nih

Semua orang pun hari-hari akan makan
tak kira la apa jenis makanan tu
yang penting makan
dan makanan
adalah sejenis objek model
yang tak susah nak disuruh posing
sebab tu la saya suka ambil gambar makanan
kalau nak suruh manusia posing
banyak arahan nak kena bagi
kalau deal ngan makanan
senang bin mudah
tak banyak songeh
kan kan kan kan??


Maka lepas ni
ambillah gambar makanan banyak-banyak lagi
makan untuk hidup
dan hidup juga untuk makan
hakhakhak