Kelasi Kapal

Monday, October 18, 2010

Kais Pagi Makan Petang

Errr ~
betul ke peribahasa tu ummu?
hahaha..

Tak la, kais pagi makan pagi
kais petang makan petang
kalau kais pagi makan petang tu diet namanya
heeee ~

Hari ni mencuba nasib untuk kali yang ke limaplohpatribu kali
panjat tangga kat bangunan PERKIM *naik lif sebenarnya*
sampai aras 10 -MAIWP-
untuk hantar borang keje

Balik dari situ singgah kat BSN chow kit
macam-macam jenis manusia ada
yang naik wellchair
yang cacat penglihatan
yang bertubuh kanak-kanak tapi wajah dewasa
*insaf dan segera bersyukur atas nikmat yang Allah bagi*


Beli no pin untuk urusan KPLI
*ummu nak ngajar???*

Secara jujur saya nak bagitau
saya memang tak minat ngajar
apply KPLI ni pun ntah la

Saya lebih suka bekerja di pejabat
walaupun jadi cikgu ni waktu kerja pendek, cuti banyak
tapi saya tetap pilih office hour
saya dah rasa kedua-duanya
kerja di pejabat dan kerja sebagai guru
dan saya tahu di mana minat saya

Apapun
doakan saya dapat yang terbaik
dan mampu berikan yang terbaik
apa sahaja pekerjaan kita
yang penting amanah dan tanggungjawab
sebab-sebab esok Tuhan akan tanya
lunas atau tidak amanah yang kita galas?

p/s : apa sudah jadi dengan 1Malaysia? klik sini.

Monday, October 11, 2010

Kuala Lumpur Infinity

Sesekali dapat hasilkan foto begini
seronok jugakan?


Saya cukup teruja dengan gambar ni
lebih teruja bila diri sendiri yang hasilkan
hoohhh
*maafkan keterujaan saya yang melampau*