Kelasi Kapal

Saturday, August 28, 2010

Jalan TAR via Jalan Masjid India

Assalamu'alaikum dan Salam Ramadhan. Malam ni dah masuk terawih malam ke-18. Alhamdulillah.

Selawat dan salam buat pemimpin umat akhir zaman, insan yang dimuliakan seisi langit dan bumi, Nabi Muhammad SAW.

Seronok orang Selangor hari ni, cuti Nuzul Quran. Sambung pula sabtu ngan ahad. Boleh shoping sakan dekat2 nak raya ni. Dengar2 kerajaan lak nak bagi bonus RM500. Fuh, memang bestla raya kalau dah dapat duit raya siap2. Ada sapa2 nak kasi saya duit raya sebanyak tu tak? Heeee~

Orang Selangor cuti, maknanya saya pun dapat cuti, hehe. Hari ni Hanan & Solih dijaga oleh umi diaorang. Jadi saya ada can nak melilau kat syurga membeli-belah. Dah tengahari baru saya keluar. Takmo keluar pagi2 la konon *padahal tido waktu pagi, haha*.


Dah lama sangat rasanya tak naik LRT. So hari ni terasa nak naik. Lagipun kalau bawa kereta ke Jalan Masjid India tu buat pening kepala je memikir parking. Nak2 musim manusia bershoping camni. Tambang baru RM1.30 sehala. Kira murah dari parking tu, hehe.


Benda pertama yang saya beli tadi. Aksesori nak meriahkan hari raya nanti :p

Then gi cari hadiah untuk kawan2 yang akan mendirikan masjid lepas raya ni. Beli serba dua sebab ada dua pasang pengantin. Hadiah takleh tayang kat blog, kena rahsia2 *alasan*.


Beli kad raya lagi. Nak kasi sape pun taktau. Kalau tak dilayangkan, saya simpan je. Ada sapa2 yang nak? Meh alamat, saya pos segera.


Sampul duit raya. Yang kiri tu dapat free sebab beli barang. Yang kanan tu saya beli sebelum puasa lagi. Nak kasi sampul kosong je boleh? Sebab sampul pun dah limaploh hengget, hehe.


Jalan Tunku Abdul Rahman via Jalan Masjid India. Penuh dengan manusia. Zahmah (sesak) sangat2! Sampai saya rasa nak hulur kaki pun susah, eheh. Kena jalan sopan santun je, ececece. Dalam sesak semak samun ni boleh plak tetiba saya terrrjumpa ngan Edy dan Abang Eqbal. Saya pun bukan kenal sangat diaorang, pakai tegur je *main agak2 je, heheee*. Saya cam Edy, tapi kalau salah orang pun cakap je la "eh sori, saya ingat kawan saya tadi". Hahaaha. Nasib baik betul (^_~)

Hampir pukul 3 petang saya gerak balik ke LRT Putra. Nak kejarkan zohor yang belum langsai. Hishh, jalan sakan sampai solat pun lewat. Nak kena tibai ni.


View sejurus saya turun dari LRT. Tadi manusia ramai sangat sampai nak ambil gambar pun susah, sekarang dah takde manusia baru senang nak ambil gambar *alasan lagi, hehe*.

Terawih malam ke-18 di masjid UIA Gombak. Seronok tengok masjid yang luas dan jemaah yang sangat ramai. Bagus orang2 UIA ni, rajin gi terawih.


Masa ni awal lagi, sebab tu orang belum ramai. Terubat gak rindu kat Mesir bila jumpa ramai arab kat sini. Siap bawa anak kecil lagi. Tapi bisingla sebab ramai sangat budak dalam masjid T_T

Nota kaki pakai stokin tutup aurat : Ada sesiapa yang tau masjid mana yang pakai imam arab untuk terawih ni. Inform saya ye. Suka sangat pi cari masjid yang pakai khidmat tok imam arab. Puas hati bila dengar lidah arab membaca al-Quran. Tu la kelebihan yang Allah bagi kat diaorang yang tak dapat kat kita.

Friday, August 13, 2010

Penantian Selama 2 Tahun...

Akhirnya...

Setelah penat menanti dah berdoa selama 2 tahun, Allah kabulkan doa saya.


Inilah "syahadah asliyah" untuk ijazah 'Aliyah saya, iaitu sijil asal ijazah saya dari Universiti Al-Azhar. Selama ni saya hanya gunakan "syahadah muaqotah" (sijil sementara) untuk sebarang urusan rasmi.

Mesti ada yang tertanya2, kenapa sampai 2 tahun? Biar saya terangkan secara ringkas, urusan di Uni Al-Azhar bukan seperti urusan2 di U yang ada di Malaysia ni. Berurusan dengan seorang kerani arab sama seperti berurusan dengan 10 orang melayu yang banyak songeh. Sila bayangkan sendiri.

Saya mewakilkan seorang teman di sana untuk mengambil sijil ini dari pejabat U Al-Azhar di Mansuroh, seterusnya di bawa ke U Al-Azhar induk di Qaherah untuk urusan pengesahan, mati setem, sah laku dan sebagainya. Banyak benda nak diuruskan sebab saya warga luar. Terima kasih Hazirah. Allah sahaja yang dapat membalas jasa2mu.

Saya sangat bernasib baik (syukru lillah) kerana akhirnya berjaya menggenggam syahadah asliyah ini walaupun mengambil masa 2 tahun, berbanding dengan teman2 lain yang ada sampai 3-5 tahun, dan ada yang tak dapat2 sampai ke hari ni.

Terima kasih juga untuk Nabilah yang sudi bawakan sijil ini pulang dengan selamat ke tanah air. Saya menunggu Nabilah sejam lebih di balai ketibaan KLIA hari sabtu lepas semata2 ingin menatap sendiri syahadah yang saya rindukan selama 2 tahun!

"ROBBI YASSIR WALA TU'ASSIR"