Kelasi Kapal

Friday, November 26, 2010

Free 3-day Trial Acuvue Moist

Kepada insan-insan speky khususnya pencinta lense *atau nama melayunya kanta lekap* ini masanya untuk anda mencuba satu lagi produk keluaran Acuvue. Tak rugi mencuba apatah lagi kalau free, haha. Jadi cepat-cepat pi register kat Acuvue


Registration simple je. Takde kena wat susah-susah pun. Ikut step dan arahan, pastu finalnya kena print out this trail redemption form.


Form ni wajib bawa ke outlet yang kita dah pilih untuk redemp Acuvue lenses. Cam saya, saya pilih Focus Point di Ampang Point. Masa registration tu ada senarai outlet yang join, so boleh pilih yang mana satu idaman hati. IC jangan lupa bawa sebagai pengesahan masa nak tebus tu *tapi masa saya gi amik pagi tadi amoi kedai tu tak minta ic pun, hehe*

Focus Point dan model ciliknya. Errr tapi model tak pakai spek.

Namanya pun Free 3-Day Trial, maka lense pun dapat 3 pasang. Berbaloi la jugak saya round cari parking dekat setengah jam *tahap putus asa dah, hoho*. Mula teringat pada lense Ciba Vision yang jugak saya dapat free beberapa bulan lepas. Tapi takyah pi redemp sebab dorang pos sampai ke rumah.


Acuvue adalah satu label di bawah Johnson & Johnson. Disebabkan dapat free, maka saya ambil. Kalau kena beli, saya takkan beli. Sebab? Johnson & Johnson adalah jenama boikot yahudi yang sangat femes. Sama jugak macam Nestle. Tapi orang kita suka bagi alasan.

Bagi saya alternatif banyak. Antara nak ngan tak je. Kita beli, bermakna kita dah hulur satu peluru untuk tembak saudara kita di Palestin, Afghanistan dan lain-lain. Selagi boleh elak, cuba untuk elak. Alhamdulillah saya tak rasa kurang pun bila dah tinggalkan produk Nestle. Tepuk dada tanya iman!

Owh.. dah melalut, hehe. Takpe tu informasi sampingan. Saya nak kongsi pada yang sudi menerima. Pada yang tidak, tu hak anda.

Esok nak ke Seremban kenduri member. Ada sesapa nak ikut? Ada kosong lagi 3 sebab saya pergi cuma berdua.


9 comments:

Fello Ariza said...

alamak..

fell x gne spek plak..

:P

NaniE said...

ada beli contact lense juga. tapi tak berani pakai..hehe..

E.d.Y said...

benda free sanggup je..huhu


PESANAN PENAJA :

Undi blog "THE BEAUTY IN UGLY" untuk Blog Personal Lelaki Pilihan (nombor 9 dari atas) kat sini
-------> http://bpm-undi.blogspot.com/

(guna semua browser yg ada..hehe)

Ummu~Ishak said...

~> fello ariza
fell, register je,pashtu gi amik bagi kat saya :p

Ummu~Ishak said...

~> nanie
rugi tak berani. tak rase mata jadi hijau biru kelabu ungu, theheheee

Ummu~Ishak said...

~> edy
memang pon, hehe

**dah undi dah. nanti menang kene belanje

E.d.Y said...

thanks sudi undi..;)

anda kene tag

Pencacai Alim said...

takut nk pkai bnda tuh

Ummu~Ishak said...

~> pencacaI alim
rugi ooh sapa tak cuba