Kelasi Kapal

Friday, August 13, 2010

Penantian Selama 2 Tahun...

Akhirnya...

Setelah penat menanti dah berdoa selama 2 tahun, Allah kabulkan doa saya.


Inilah "syahadah asliyah" untuk ijazah 'Aliyah saya, iaitu sijil asal ijazah saya dari Universiti Al-Azhar. Selama ni saya hanya gunakan "syahadah muaqotah" (sijil sementara) untuk sebarang urusan rasmi.

Mesti ada yang tertanya2, kenapa sampai 2 tahun? Biar saya terangkan secara ringkas, urusan di Uni Al-Azhar bukan seperti urusan2 di U yang ada di Malaysia ni. Berurusan dengan seorang kerani arab sama seperti berurusan dengan 10 orang melayu yang banyak songeh. Sila bayangkan sendiri.

Saya mewakilkan seorang teman di sana untuk mengambil sijil ini dari pejabat U Al-Azhar di Mansuroh, seterusnya di bawa ke U Al-Azhar induk di Qaherah untuk urusan pengesahan, mati setem, sah laku dan sebagainya. Banyak benda nak diuruskan sebab saya warga luar. Terima kasih Hazirah. Allah sahaja yang dapat membalas jasa2mu.

Saya sangat bernasib baik (syukru lillah) kerana akhirnya berjaya menggenggam syahadah asliyah ini walaupun mengambil masa 2 tahun, berbanding dengan teman2 lain yang ada sampai 3-5 tahun, dan ada yang tak dapat2 sampai ke hari ni.

Terima kasih juga untuk Nabilah yang sudi bawakan sijil ini pulang dengan selamat ke tanah air. Saya menunggu Nabilah sejam lebih di balai ketibaan KLIA hari sabtu lepas semata2 ingin menatap sendiri syahadah yang saya rindukan selama 2 tahun!

"ROBBI YASSIR WALA TU'ASSIR"

2 comments:

Sricahaya said...

tahniah..tahniah...leh la framekan sijil tu yerk.. :) jauh tu nak dapatkan sijil tu..

Ummu~Ishak said...

>>sricahaya
tenkiu my pren :)
hajat mmg nak framekan, tapi tak beli2 lagi frame nye.dahla sijil ni gedabak dari sijil2 biasa. nak masuk faail kompem tak muat