Kelasi Kapal

Saturday, August 28, 2010

Jalan TAR via Jalan Masjid India

Assalamu'alaikum dan Salam Ramadhan. Malam ni dah masuk terawih malam ke-18. Alhamdulillah.

Selawat dan salam buat pemimpin umat akhir zaman, insan yang dimuliakan seisi langit dan bumi, Nabi Muhammad SAW.

Seronok orang Selangor hari ni, cuti Nuzul Quran. Sambung pula sabtu ngan ahad. Boleh shoping sakan dekat2 nak raya ni. Dengar2 kerajaan lak nak bagi bonus RM500. Fuh, memang bestla raya kalau dah dapat duit raya siap2. Ada sapa2 nak kasi saya duit raya sebanyak tu tak? Heeee~

Orang Selangor cuti, maknanya saya pun dapat cuti, hehe. Hari ni Hanan & Solih dijaga oleh umi diaorang. Jadi saya ada can nak melilau kat syurga membeli-belah. Dah tengahari baru saya keluar. Takmo keluar pagi2 la konon *padahal tido waktu pagi, haha*.


Dah lama sangat rasanya tak naik LRT. So hari ni terasa nak naik. Lagipun kalau bawa kereta ke Jalan Masjid India tu buat pening kepala je memikir parking. Nak2 musim manusia bershoping camni. Tambang baru RM1.30 sehala. Kira murah dari parking tu, hehe.


Benda pertama yang saya beli tadi. Aksesori nak meriahkan hari raya nanti :p

Then gi cari hadiah untuk kawan2 yang akan mendirikan masjid lepas raya ni. Beli serba dua sebab ada dua pasang pengantin. Hadiah takleh tayang kat blog, kena rahsia2 *alasan*.


Beli kad raya lagi. Nak kasi sape pun taktau. Kalau tak dilayangkan, saya simpan je. Ada sapa2 yang nak? Meh alamat, saya pos segera.


Sampul duit raya. Yang kiri tu dapat free sebab beli barang. Yang kanan tu saya beli sebelum puasa lagi. Nak kasi sampul kosong je boleh? Sebab sampul pun dah limaploh hengget, hehe.


Jalan Tunku Abdul Rahman via Jalan Masjid India. Penuh dengan manusia. Zahmah (sesak) sangat2! Sampai saya rasa nak hulur kaki pun susah, eheh. Kena jalan sopan santun je, ececece. Dalam sesak semak samun ni boleh plak tetiba saya terrrjumpa ngan Edy dan Abang Eqbal. Saya pun bukan kenal sangat diaorang, pakai tegur je *main agak2 je, heheee*. Saya cam Edy, tapi kalau salah orang pun cakap je la "eh sori, saya ingat kawan saya tadi". Hahaaha. Nasib baik betul (^_~)

Hampir pukul 3 petang saya gerak balik ke LRT Putra. Nak kejarkan zohor yang belum langsai. Hishh, jalan sakan sampai solat pun lewat. Nak kena tibai ni.


View sejurus saya turun dari LRT. Tadi manusia ramai sangat sampai nak ambil gambar pun susah, sekarang dah takde manusia baru senang nak ambil gambar *alasan lagi, hehe*.

Terawih malam ke-18 di masjid UIA Gombak. Seronok tengok masjid yang luas dan jemaah yang sangat ramai. Bagus orang2 UIA ni, rajin gi terawih.


Masa ni awal lagi, sebab tu orang belum ramai. Terubat gak rindu kat Mesir bila jumpa ramai arab kat sini. Siap bawa anak kecil lagi. Tapi bisingla sebab ramai sangat budak dalam masjid T_T

Nota kaki pakai stokin tutup aurat : Ada sesiapa yang tau masjid mana yang pakai imam arab untuk terawih ni. Inform saya ye. Suka sangat pi cari masjid yang pakai khidmat tok imam arab. Puas hati bila dengar lidah arab membaca al-Quran. Tu la kelebihan yang Allah bagi kat diaorang yang tak dapat kat kita.

14 comments:

eqbalzack said...

hehe...nice to meet u ummi..**tgk dari jauh je...

nnt tegur la abg eq...serius di luar je (sebab abg eq pensyarah kan)...tapi dalaman sgt tidak serius...hehe

byk shopping semalam?

Ummu~Ishak said...

>>eqbalzack
nak tegur camne abg eQ dah lari jauh bebeno :p
mula tu tak pasan gak, cam edy je.pahtu tanye edy tu abg eqbal ke?

shoping hadiah kawen untuk member je.sambil2 amik angin,hehe

cLovErX said...

ouhh...serunutnye die g shopping ..shantekk la sampul wetraya limapulohhengget tu..tipah tertipu nnti..heheh
agak2,s.alam jauh ke dr tmpat cik ummi?setahu saya, masjid negeri shah alam kdg2 ade jemputan imam dr arab...tempat laen tktahu pula..

notakakikebas(eh,nkwt gk notakaki =P) : saya teringin nak berterawikh dkt masjid negara =D

E.d.Y said...

amboi..shopping sakan semalam..hehe...

nak kad raya boleh??

terawih kat uia??wah..rindunye dgn uia...4tahun semayang terawih kat situ....bila dah jadi ex student ni, rasa rindu lak...

Ummu~Ishak said...

>>cloverx
nak ke sampul limaploh hengget tu?nanti mai raya rumah akak.
ni lagi sorang eja nama saye ummi,hehe. panggil kak ummu je erna, lagi best camtu ;)
ada gak kawan bitau kat shah alam pakai imam arab.memang ada plan nak ke sana cuma waktu belum sesuai.

balasan nota kaki : mehla.seronok sangat terawih kat masjid negara.bacaan imamnya meruntun kalbu gitu

Ummu~Ishak said...

>>edy
shoping sakan? tipu la tu.cam edy tatau je akak beli pe semalam :p

kalau nak kad raya meh sini alamat.sementara stok masih ada!

ada masa gi lah sesekali.akak ni kalau ada kemampuan memang nak terbang balik ke mesir gi terawih kat sana.tapi apalah dayaku, isk isk

naniE said...

dgr citer, masjid kampung baru imam dari makkah utk terawikhnya..

Ummu~Ishak said...

>>nanie
hai nanie, syukran sudi singgah sini

yup, mmg masjid kg baru imam dari saudi. saya dah beberapa kali terawih kat situ :)

Fazlinil Irma said...

ummu.. adil kan. awk tgok sy jalan. awk jeles. sy tgok awk jalan. sy pun jeles. hehe.

sekejap je ramadhan berlalu. Allah. rasa tahun ni pecutan x sederas yg lalu.

momentum berpuasa di london dah kurang.

tinggal 12 hari lg.

rasa2 dah pecut gear 5 dah.. (ada ke gear 5..? ;P)

Pencacai Alim said...

dekat klantan ramai tok imam arab.

Ummu~Ishak said...

>>fazlinil irma
awak tgk saya jalan, esok2 awak balik sini dpt gak gi jalan tempat yg saya gi. tapi saya takleh nak gi tempat yg awak gi, uwaaa

gear 6 pun ade la awak, gear bas

Ummu~Ishak said...

>>pencacai alim
jauhnye la nak pi kelantan, isk isk

cLovErX said...

wiken saya pulg umah, trawikh dkt msjid Nilai.. selalunya imam muda pelajar2 tahfiz USIM.. sedap dn lunak sgguh suara mereka..kagum sb mreka msih muda..:x

buat cik irma : kete manual ade smpai gear 5..tringin nk bwk bas :p

nota siku : kak ummu ek..ihik...saya tktau brape usia akak,segan nk pnggil..silap2 aribuln ntah2 saya tahap mkcik..eheks

Ummu~Ishak said...

>>cloverx
memang sonok bila ramai anak muda kita yang mampu menghafaz al-quran.
tapi telinga akak ni lagi sedap bila dengar arab ngaji,eheh.
melayu bukan tak sedap, cuma banyak 'kekurangan'.quran ni bukan kira suara sedap je,kena amik kira tajwid, fasohah, tarannum dll.

nota lutut:kompem la erna muda dari akak. lainla kalau erna dah mencecah 30-an, ekeke