Kelasi Kapal

Saturday, August 29, 2009

Mesir Yang Ditinggalkan

Tinggal sebulan je lagi untuk menggenapkan setahun ummu tinggalkan Ardil Kinanah yang banyak menyimpan memori ummu dan teman-teman. Rindu toksah kata, tersangatlah rindunya pada debu-debu sahara. Jadi pada sesiapa yang sudi jadi sponsor boleh la belikan ummu tiket return ke Mesir, hehe. Boleh juga ummu bawakan ikan bilis untuk teman-teman kat sana :D
Buat teman-teman yang masih berjuang di sana, moga kalian akan dikalungkan dengan kejayaan yang tak mampu ummu ceritakan indahnya.Robbana najjihna fil imtihan..

Masjid Saidina Hussain di Qaherah.. kalau ke sini pasti akan
ke Khan Khalili untuk shoping barang-barang yang boleh
dijadikan ole-ole pada orang Malaysia.



Mahattah Qitar Mansourah, atau nama melayunya hentian keretapi
di Mansurah.. walaupun tak secantik KL Sentral, mahattah ni
tetap cantik dihati ummu, heee~



 
Sungai Nil yang memisahkan Sikah dengan Talkha.. rindu betul nak
shoping jubah & tudung di Sikah.
  

 
Ras El Bar... ummu pun tak ingat brape kali ummu ke sini.. kalau
tak silap dalam 4 @ 5 kali.. kat sinilah pertemuan antara
sungai Nil dengan laut Mediterranean.





Damietta @ Dumyat... seronok berkunjung ke sini sebab
Dumyat adalah salah satu daerah di Mesir yang tidak padat
dengan manusia.. tenang dengan pemandangan yang indah persisir
pantai Dumyat.
  



Inilah kesesakan di Qaherah.. gambar ni ummu snap dari dalam teksi.. waktu
ni otw dari Hussain ke Ramsis untuk perjalanan dengan bas East Delta
dari Qaherah ke Mansurah.