Jumaat 18/12/2009
3.23am
Ummu, kakngah. abang ngah dan solih gerak dari kampung baru ke shah alam untuk amik acik sebelum terus ke penang. Dalam kul 4 kami dah masuk PLUS highway menuju ke utara. Ummu banyak tido je dalam kete sebab tadi dapat tido 2 jam lebih je. Kul 2 setengah kakngah dah kejutkan. Bajet2 nak bangun kul 3 sengah, alih2 sejam awal.
Kami sampai kat hentian Tapah kul 5.32 pagi, stop untuk solat subuh sambil rehat dan tidur2. Kesian abang ngah yang mengantuk. Ummu ngan acik sedapla tido kat belakang, ekeke. Settle solat n bekfes ringan2, kurang 10 minit pukul 7 kami gerak, tukar driver
*sebab ummu dah bosan duduk belakang,hoho. Singgah kejap kat Bukit Merah sebab abg ngah nak jumpe kawan dia. Hampir kul 10 kami tiba di penang. Alhamdulillah
11.22am
Sarapan pagi ini ditaja oleh ummu (beli nasi lemak kat bukit merah tadi). Kebetulan mak cha' (mak sedara ummu) ada buat pulut nyor, jadi variety la sikit bekfes kami pagi ni. Dah makan, mata pun ngantuk. Mandi belakang cerita, ekeke.. Ummu masuk bilik je terus hilang..zzz...
3.30pm
Baru bangun dari tidur. Lama bangat
buat taik mata tido!! Mandi, solat, isi perut lagi
*apehal la asyik makan je,ekekek, pas solat asar ummu gi rumah Asma' di padang menora. Bukan pe, saja nak gi jumpa kawan lama, sembang2
ngumpat2 skit sebab hari kenduri nanti kompem takleh nak borak lama2. Sebelum maghrib ummu dah balik rumah.
Sabtu 19/12/2009
10.30am
Kami beramai2
*ummi, mak cha', ummu, ateh, acik, kakngah, abgngah, solih n kak kiroh (my cousin)* ke sg petani kedah untuk makan kat RFC! Ya, tahniah untuk ummu sebab berjaya
melantak makan kat rfc. Ada sesapa yang tatau rfc itu apekah? RFC - radix fried chicken ialah restoran makanan segera 100% milik org Melayu ISLAM. Ala2 kfc, mc donald, a&w gitu. Tapi rfc ni jauh lebih sedap dan produk disini dijamin 100% halal dan ayam yang dimasak ialah ayam organik, sangat baik utk kesihatan. Maklumat lanjut boleh tengok kat
sini.
1pm
Kami singgah di Penaga untuk beli ikan dan sayur, tapi takde ikan yang elok pun masa kami gi tu. So tak jadi beli ikan, kami terus balik rumah.
7.45pm
Ummi ajak gi pasar malam kat simpang 4. Dekat je pasar malam tu ngan rumah, naik kete 3 minit je dah sampai. Abg ngah cakap dia nak ikut sama, jadi solih pun join skali. Ummu cuma beli kuew teow kerang je. Ummi beli ikan dan barang2 dapur, abg ngah lak beli ayam goreng dan putu mayam.
Ahad 20/12/2009
12.30pm
Pegi kenduri Asma'. Kami semua gi kecuali ateh n mak cha'. Solih lak tido dalam kete dan sepanjang kami duk makan2 kat kenduri. Habis makan nak pi jumpa pengantin, abg ngah bawa solih gi kat kete dulu. Ummu, ummi, kakngah dan acik gi jumpa pengantin untuk posing2 dan bagi hadiah. Yang tak bestnya, pengantin laki tak sampai lagi masa tu. Lebih kurang 1 suku dah masa tu. Takde rezeki gak nak tengok suami Asma'.
2pm
Kami ke Lunas lepas balik dari kenduri Asma'. Lunas ni kat kedah, tapi dekat je ngan penang sebab sempadan. Kami ke kedai pakaian (saje nak shoping baju murah2). Lebih kurang 3.45pm kami dah sampai kat rumah.
5.30pm
Ummu kuar meronda sorang2. Hajat nak jumpa kak su tapi dia takde kat rumah. Nak jumpa kak Husna pun tak dapat gak. Jadi ummu pun berpusing2 meronda cari atm nak kuarkan duit untuk isi minyak. Dalam masa yang sama, kebetulan kawan ummu
*dia duk kat balik pulau* pun datang kat area pongsu seribu, jadi kami terjumpa secara tak sengaja,ekekeke.
Isnin 21/12/2009
Kul 8.30am kami dah bersiap2 untuk bertolak balik ke KL. Tinggallah ateh ngan ummi je kat penang. Begitu begini, kami gerak lebih kurang 9 sengah. Sepanjang perjalanan kami singgah di R&R Bukit Gantang sebab kakngah nak beli buah2an, dan R&R Ulu Bernam untuk isi minyak. Alhamdulillah selamat sampai di rumah kampung baru hampir 2.30pm
Gambar2 ummu upload kemudian, sebab takleh nak transfer lagi buat masa ni. Lagipun tunggu dek balik, upload ngan pc dia sedap sikit, line pun laju.